Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 18 December 2017

Isteri Atas Kertas ~ Zaza Qry

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Abyana Ruzda ingatkan cintanya itu hingga ke akhir hayat. Rupanya hujan turun di tengah hari. Dia ditipu hidup-hidup oleh lelaki yang dia ingat akan menjadi khalifahnya hingga ke akhir hayat. Segala pengorbanannya tidak berbaloi selama ini.

Dua tahun Abyana Ruzda melarikan diri daripada lintah darat. Dia ingatkan dia hanyalah penjamin kepada pinjaman wang Wazir, rupanya dialah peminjam wang itu. Bertemu dengan lintah darat yang kacak membuatkan hati Abyana Ruzda berdebar kencang.

Jangan cari pasal dengan lintah darat, Abby!

Tapi, Encik Lintah Darat buat perjanjian melupuskan hutangnya yang banyak itu. Hampir berbuntang mata Abyana Ruzda apabila hanya ada satu saja syaratnya. Kahwin dengan Encik Lintah Darat a.k.a Rafeez.

“Aku tak ingin nak jalankan tanggungjawab sebagai suami kau. Aku cuma mahu surat nikah saja. Surat nikah tu yang penting.” - Rafeez
“Kalau macam tu sampai bila kita kena kahwin?” - Abyana Ruzda.
“Sampai bila-bila.”-Rafeez

Terikatlah Abyana Ruzda dengan Rafeez sampai bila-bila. Tapi, Rafeez hanya omong kosong saja. Abyana Ruzda itu tetap dia cinta. Namun, mampukah mereka berdua harungi perkahwinan tanpa cinta ini? Tambahan pula apabila terpaksa menyembunyikan perkahwinan mereka sebab Rafeez masih trauma dengan cerita silam.

Mestilah boleh. Mereka kan dah sama-sama jatuh cinta.