ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, 2 February 2018

Jangan Ada Cinta ~ Hairynn Salehuddin

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

MIRA SOFEA mencintai DANIEL IMRAN sepenuh hatinya. Dialah lelaki pertama yang berjaya mengetuk pintu hatinya untuk menerima cinta dari seorang lelaki. Tetapi semuanya berubah semenjak bekas isteri Daniel AMY LIANA tiba-tiba muncul dalam kehidupan mereka. Hubungan Daniel dan Liana menjadi semakin rapat bila mendapat tahu yang Liana menghidapi kanser hati. Dalam masa yang sama, abang Daniel, HAKIM IMRAN kembali ke Malaysia setelah lama menjauhi diri dari keluarga dek terasa hati dengan Tan Sri Mohamed, ayahnya. Hubungan cinta Mira dan Daniel pula semakin dilanda masalah sehinggalah berlakunya kes yang tidak diingini terhadap Daniel yang mengubah segalanya.

" I terpaksa bernikah dengan Liana. I'm sorry sayang." Kata-kata Daniel membuatkan hati Mira terasa pedih sangat. Tak terlintas di fikirannya untuk mendengar ayat tersebut keluar dari mulut Daniel. Hancur luluh perasaannya.

"How could you Daniel? Sampai hati." Disebabkan rasa sakit hatinya, Mira tak fikir panjang lagi. Keputusannya untuk berkahwin dengan Hakim mengejutkan semua orang termasuk Hakim sendiri.

"Mira dah fikir masak-masak ke? Ini soal kahwin." - HAKIM IMRAN

"Tolong lepaskan Mira bila tiba masanya. I need her in my life."- DANIEL IMRAN

Permintaan Daniel pula membuatkan Hakim rasa serba salah. Hatinya kini sudah sepenuhnya milik Mira. Adakah Hakim akan bersetuju dengan permintaan Daniel? Sanggupkah dia melepaskan wanita yang semakin dia cintai?

"I love you sayang." - HAKIM IMRAN

"I love you too abang." - MIRA SOFEA

Adakah cinta yang diungkapkan Mira datangnya dari hati yang ikhlas? Atau sekadar untuk menjaga hati Hakim? Mungkinkah perasaan sayang dan cinta terhadap Daniel masih mendalam? Hatinya berbelah bahagi kini. Permintaan adik atau perasaan cintanya terhadap Mira.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...