DAHLIA AFREENA turut sama membenci lelaki bernama FARIQUE DANIEL kerana telah menyakiti hati kawan baiknya, Fatin. Dia ditangkap tidur dengan perempuan lain dirumah mereka.
“Tak faham bahasa ke? Dah cakap tadi kan, jangan kacau dia lagi!” Tempik Dahlia pada Farique.
Dan bermula dari situlah, masing-masing menyimpan dendam. Bagi Farique, Dahlia tiada hak nak masuk campur hal rumahtangganya. Dan bagi Dahlia pula, lelaki seperti Farique tak layak diberi peluang kedua. Lelaki yang tak pandai menghargai isteri sendiri.
Benarlah kata orang, semakin kita membenci seseorang semakin dekat dia pada kita.
Dahlia mendapat tawaran bekerja di syarikat Bumi Holdings. Syarikat yang diimpikan selama ini.
Benarlah kata orang, semakin kita membenci seseorang semakin dekat dia pada kita.
Dahlia mendapat tawaran bekerja di syarikat Bumi Holdings. Syarikat yang diimpikan selama ini.
“Farique Daniel bin Kamal.” Alangkah terkejut Dahlia bila diberitahu yang dia akan bekerja dibawah Farique selaku ketua jurutera. Tiada tempat untuk Dahlia larikan diri kali ini.
“Dekat sini aku ketua. Kau kena ikut arahan aku. Jangan bantah.” ~ FARIQUE
“Selagi hati aku sakit, selagi itulah aku akan buat kau sakit hati dengan aku.” Farique masih menyimpan dendam pada Dahlia.
“Dekat sini aku ketua. Kau kena ikut arahan aku. Jangan bantah.” ~ FARIQUE
“Selagi hati aku sakit, selagi itulah aku akan buat kau sakit hati dengan aku.” Farique masih menyimpan dendam pada Dahlia.