Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday 2 December 2015

Cinta Hati Sayang ~ Hairynn Salehuddin

CARL ZARIF… Hatinya begitu terusik setiap kali melihat penderitaan adiknya, Carl Naim. Dia perlu menuntut bela atas penderitaan adiknya. Mana mungkin dia akan biarkan darah dagingnya merana tanpa pembelaan. Dia pasti akan lunaskan dendamnya itu. Pasti!

LARA ALINA… Tiada apa yang lebih penting dalam hidupnya selain Sofea Yasmin. Anak kecil yang dijaga sejak kecil lagi sehingga terpaksa mengorbankan pengajiannya. Tiada perasaan benci kepada Hana Kamila kerana meninggalkan anak kecil ini. Dan hidupnya penuh dengan kasih sayang.

Tanpa diduga, ada kisah di sebalik kematian Hana Kamila. Ada hubungan yang masih terjalin dan belum terputus. Atas sebab itu Lara Alina akur dan berkongsi kasih membesarkan Sofea bersama insan yang masih menyayangi dan sanggup menerimanya.

“Papa dan mama mahu mereka jadi sebahagian daripada keluarga kita.” - Tan Sri Roslan

Permintaan Tan Sri Roslan itu tidak dapat diterima oleh Carl Zarif. Biarpun seluruh keluarganya dapat menerima kehadiran mereka berdua, tetapi tidak bagi Zarif. Walaupun Hana Kamila sudah tiada, perasaan dendam tersebut kini beralih pula kepada Lara Alina.

“Aku tak dapat kau, aku akan buat adik kau pula merana. Bersiap sedialah Lara Alina!” - Carl Zarif

Dari hari ke hari, Zarif semakin merapatkan dirinya dengan Lara. Hanya dengan cara itu sahaja dia dapat membalas dendamnya.

“Awak! Sekarang kita cakap pasal kahwin tau. Pasal akad nikah semua. Pasal awak dengan saya… Suami isteri.” - Lara Alina

“Yes. I know, sayang. Berapa kali I nak cakap dengan you yang I memang nak kahwin dengan you? I nak you jadi isteri I sampai bila-bila.” - Carl Zarif

Adakah rancangan Zarif untuk membalas dendam terhadap Lara Alina akan berjaya? Mampukah cinta dan sayang menghapuskan dendam yang selama ini tersemat dalam hati Zarif?
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00