Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday, 23 October 2018

Jodohku Paling Superb ~ Nia Afeerah

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Kehilangan kasih sayang kedua-dua ibu bapanya menjadikan Arissya Amyra seorang insan yang kuat dan tabah. Namun sekuat mana pun dia mencuba, dia pasti akan menjadi selemah-lemahnya tatkala kehadiran 2 orang lelaki yang kini berjaya menghantuinya kembali. Mujur dia dipinjamkan sedikit kasih sayang daripada Haneez sekeluarga, kawan baiknya sejak kecil.

“Hu… hujan… Gu… guruh. Aku teringat kejadian tu. Aku takut, Haneez! Aku benci lelaki!” – Arissya Amyra

“Menangislah Rissya. Menangislah sepuasnya. Keluarkan apa yang kau rasa. Aku ada dengan kau kat sini. Kau jangan takut. Takde sesiapa pun boleh apa-apakan kau.” – Haneez

Azriel Raykarl… seorang jejaka yang sering menjadi penyelamat kepada Arissya, di saat gadis itu dalam bahaya. Dek bahaya yang sering menghampiri Arissya, Azriel bertekad untuk menjadi pelindung buat sang gadis. Pelbagai cara yang dilakukan untuk memenangi hati si gadis. Tetapi malangnya, hati Arissya tidak terbuka sedikit pun untuk mana-mana lelaki dek perbuatan lelaki-lelaki yang sebelumnya.

Saat lamaran dihulur Azriel, Haneez memujuk Arissya untuk melakukan istikharah meminta petunjuk daripada-Nya. Setelah yakin dengan petunjuk Allah, dia akhirnya menyambut cinta Azriel.

“Arissya Amyra Binti Asyraf, would you be my lady forever? Marry me?” – Azriel Raykarl

“Yes, I will.” – Arissya Amyra

Bahagia mula dirasai saat terpaterinya janji sebuah ikatan perkahwinan. Kasih sayang dan bahagia yang dicurah Azriel membuatkan Arissya menggelarkan suaminya, Mr. Superb. Kebahagiaan tidak kekal selamanya apabila timbul fitnah yang mengundang berantakan perkahwinan mereka. Kerana sikap Arissya yang terlalu berahsia tentang masa silamnya membuatkan kepercayaan Azriel mulai rapuh.

Apakah rahsia yang cuba disimpan erat oleh Arissya? Sejauh manakah kehadiran orang-orang ketiga berjaya meruntuhkan mahligai yang dibina atas dasar cinta yang suci? Berjayakah Arissya meyakinkan kembali kepercayaan suaminya? Mampukah Azriel dan Arissya menemui kebahagiaan rumah tangga mereka?