Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 4 January 2019

Denganmu Lebih Indah ~ Azieana

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

“Papa tak suka Lissa berkawan rapat dengan Razman,” tutur Datuk Rafiq Husni sebaik sahaja Razman beredar.
“Papa jangan risau sebab Lissa memang tak pernah suka dengan Razman tu. Lissa kawan dengan dia atas dasar saudara. Tak lebih daripada itu. Kalau ada yang terlebih, bukan daripada Lissa. Lissa harap papa akan faham dan tidak menuduh Lissa yang bukan-bukan.” 

Melissa tidak mahu papanya salah sangka antara hubungan dia dengan Razman.

“Hmm, baguslah sebab papa memang dah lama berhasrat nak jodohkan Lissa dengan anak kawan papa.”
“Papa, Lissa tak setuju.” Melissa terus membantah kerana terkejut dengan rancangan papanya secara tiba-tiba.
“Kenapa? Hal ni dah lama papa bincangkan dengan dengan keluarga Tan Sri Hadi dan dia turut bersetuju untuk jodohkan Lissa dengan anaknya tak lama lagi!” 
Datuk Rafiq Husni merenung wajah Melissa.

“Papa, kenapa papa ni suka buat keputusan sendiri tanpa berbincang terlebih dahulu? Papa ingat Lissa ni apa? Anak patung?” bentak Melissa geram dengan sikap papanya yang selalu buat dia naik angin dan memberontak.

“Papa buat apa yang terbaik untuk anak papa. Kalau Lissa terima anak Tan Sri Hadi, kita juga yang untung. Perniagaan kita akan lebih berjaya, maju dan luas.”
Datuk Rafiq Husni sudah lama memikirkan faedah yang bakal diperolehinya sekiranya keluarga mereka disatukan.