“Alna…” panggil Rayyaz. Alna pantas mendongak. Awak dah terima bunga tu, jadinya kita declarelah ya,” kata Rayyaz sambil merenung mata Alna.
Alna melarikan matanya daripada direnung Rayyaz.
“Nak declare apa pula?” soal Alna. Dia tak pasti apa yang mahu diisytiharkan oleh Rayyaz. Pelik benar gaya Rayyaz sekarang.
“Nak declare apa pula?” soal Alna. Dia tak pasti apa yang mahu diisytiharkan oleh Rayyaz. Pelik benar gaya Rayyaz sekarang.
“Kita bercinta,” kata Rayyaz.
Alna terbeliak matanya mendengar ayat ‘kita bercinta’ itu. Nak bercinta apa pula. Ini kali kedua Rayyaz luahkan perasaannya. Kali ini mengajaknya bercinta.
“Awak sedar tak apa yang awak cakapkan ni, Rayyaz?” tanya Alna. Dia semakin fokus kepada Rayyaz. Tak dinafikan dia rasa sesuatu. Tapi, tak tahulah apa yang dia rasa. Dulu bukan main lagi kutuk dia pakai baju tak cukup kain. Sekarang pun Alna masih sama. Tup-tup, sekarang diajak bercinta pula.
“Awak lupa ke, awak tak suka saya pakai macam ni,” kata Alna sambil memandang tubuhnya yang bersalut dengan dress lengan panjang dan labuhnya hingga bawah lutut.