Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday 10 April 2019

Hyde ~ Dhila

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

“Haish!”

Tersentak aku seketika apatah lagi buku berkulit keras dan tebal itu sengaja dihempas ke atas meja. Cepat-cepat aku dongak. Tak payah nak teka siapa. Ingatkan lepas kes langgar lari selesai, dia tak akan ganggu aku lagi.
“Pukul berapa kelas kau habis petang ni?” Tak sempat duduk dia dah tanya soalan.
Aku buat tak endah. Sejak bila pula dia ambil berat perihal aku?
“Aku tanya kau, kelas petang ni habis pukul berapa?”
Kertas yang sedang elok aku pegang direntapnya mengejut. Sengaja mahu tumpuanku terarah kepada dia pula. Aku larikan mata memerhati riak wajah penuh puas itu. Puas sebab nak tak nak aku perlu mengadap mukanya, kertas yang dia rampas tadi ada soalan tugasan bulan ni.
“Bagi balik.” Aku hulur telapak tangan, minta secara berhemah kepada Noel.
Boleh pula dia sengih memanjang, kertas tadi dibelek-beleknya seketika.
“Soalan kacang je ni! Kelas aku dah dapat minggu lepas. Aku dah siap dah pun. Dah, jom ikut aku! Nanti jawapan assignment ni aku beri kepada kau.” Noel bingkas bangun. Nampak gayanya mahu beredar dari pondok pelajar ini.
Aku turut berdiri sama. Langsung tidak faham dengan arahan Noel tadi.
“Bagi balik!”
“Ikut aku.” Noel lipat kertas soalan tadi berkali-kali hingga sebesar telapak tangannya sebelum dia layangkan kertas tersebut di depan mataku.
“Bagilah!” Aku cuba rampas tapi dia terus simpan di dalam saku kemejanya. Terbatal niat aku nak seluk saku tersebut, nanti dia tuduh aku ambil kesempatan pula. Padahal dia yang mulakan dahulu.
“Okey, okey. Jangan marah aku. Kalau aku kata, kau kena ikut aku dan lihat dengan mata kepala sendiri apa yang aku nampak tadi. Kau setuju?”
Berkerut dahiku memikirkan kelogikan dan niat sebenar Noel sekarang.
“Apa sebab aku kena setuju?”
“Sebab kalau aku sampaikan dari mulut aku sendiri, kau mesti tak percaya kan? Lagipun firasat aku ni cukup tahu kalau kau memang tak berapa nak percaya dengan aku. Sejak kali pertama kau jumpa aku lagi.”