Ahmad Han Ahmad Bin Ahmad Ibrahim. Kali pertama bertemu lelaki itu, Hanis sudah pelik. Dengan pakaian serba hitam dan merenung dia lama.
“Ni muka saya, bukan peta dunia. Encik tak payah tengok lama-lama pun dah boleh hafal.” – Hanis
“Ahmad Han tu nama saya, bakal suami awak. Tolong hafal tu.” – Han.
Penuh misteri. Tapi lelaki inilah yang menyelamatkan Hanis dari menjadi mangsa dendam mama sendiri.
“Kenapa kau tak mati je dulu?” – Mama.
“Saya akan lindung awak, Hanis. Dari segala-galanya. Termasuk mama awak.” – Han.
Kerana satu malam, Hanis diangkat menjadi isteri Han. Mereka bernikah bukan atas dasar cinta. Dan bukan juga dipaksa. Tapi, mereka tetap bahagia.
“Kalau sarapan pagi, basuh baju, siram pokok semua abang yang buat? Habis Hanis buat apa?” - Hanis
“Hanis beranak je untuk abang.”- Han
Selepas menjadi isteri orang pun, kebencian mama masih tiada penghujung. Hanis sendiri tidak tahu kenapa mama sangat membencinya. Ayat mama, tak pernah tak melukakan. Dan Ahmad Han lah yang sentiasa menjadi pengubatnya.
“Tak apalah kalau orang lain benci Hanis. Abang ada untuk sayang Hanis. Untung tau dapat abang ni. Handsome. Pandai jaga isteri. Pandai jaga gigi. Semua abang pandailah. Buat anak je tak pandai lagi. Sebab tak berpeluang untuk praktis lagi.” - Han
Doktor gigi yang namanya Ahmad Han ini, kalau satu hari tak menyakat Hanis memang tak sah. Tujuannya hanya mahu melihat Hanis senyum. Tapi, dalam senyum seorang Hanis, tetap juga dia mahu mencari jawapan kenapa dia dibenci mama sendiri.