Hidup seorang Aina Isabelle tiba-tiba berubah bila Zafran mengambil keputusan untuk menetap di kampung atas alasan menjaga ibunya yang disahkan menghidap kanser.
“Awak boleh buat sendiri, kan?” - Aina
"Awak nak saya call ibu, beritahu yang awak tak nak tolong saya?" Zafran.
Zafran sentiasa gunakan alasan ibu Zaharah untuk membuatkan Aina mengalah. Ibu Zaharah itu, wanita mulia yang sangat Aina hormati.
“Zaf nak kahwin dengan Aina sebab ibu. Zaf nak ibu bahagia.” – Zafran.
“Jangan lukakan Aina, Zaf. Kahwinlah dengan Sarah, dia yang Zaf cinta. Ibu tetap akan bahagia.” - Zaharah
Kerana desakan si anak, Zaharah mengalah. Aina pula, terima kerana dia tak pernah diajar membantah. Walau dia tahu dia bukan pilihan pertama tapi, tetap juga dia berusaha untuk menjadi isteri yang menyenangkan.
“Abang ada nak apa-apa? Aina nak turun bawa baju kotor ni."
"Ada. Nak sayang..." Zafran berhenti seketika.
Aina melompat menjauhi katil. Mujur sahaja tidak terjelepok jatuh. Seperti dapat mengagak reaksi Aina, Zafran ketawa.
“Nak sayang ambilkan laptop abang atas meja kerja.” Zafran menyambung ayatnya.
Mereka bahagia walau tanpa cinta kerana bercinta selepas kahwin itu lebih indah adunannya. Namun, bila kisah Zafran dan Sarah masih belum selesai, akan kekalkah bahagia mereka? Atau, Aina perlu pasrah yang dia bukan pilihan pertama di hati Zafran?