Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Sufea Hareez. Show all posts
Showing posts with label Sufea Hareez. Show all posts

Friday, 14 July 2023

Sayang, Di Mana Dia... ~ Sufea Hareez

(SEM & SS) RM26.00 > RM25.00

"Tuhan itu ciptakan manusia berpasangan.

Seperti Adam dan Hawa. Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Adam kau tentu ada di mana-mana sedang mencari Hawanya yang sesat di sini."

Sesekali Haji Shukri berbicara serius. Nak cakap lebih-lebih, dia sendiri risau. Anak-anak sudah menginjak dewasa. Jodoh mereka entah macam mana rupa. Cepat atau lambat pun, dia tak tahu.

"Ada ke orang nak saya yang dah tua ni, Haji."

Tangan menongkat dagu. Wajah turut sama menurun. Dahi Jawhara bertemu muka meja.
Hembusan nafas menyerbu celah-celah wajahnya.

"Tak berapa nak gigih mencari. Memanglah tak jumpa," balas Haji Shukri.
"Haji fikir senang. Kalau pemilik tulang rusuk

itu saya boleh beli di pasar dah bersusun anak-anak saya." Jawhara mengeluh lagi.
Haji Shukri merengus.

"Pasar pun kau tak pergi. Entah-entah tauke jual tulang rusuk tu jodoh kau. Tak ke rugi selama ni,"

Saturday, 26 March 2022

Baton Cinta ~ Sufea Hareez

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Pertemuan yang memalukan tanpa diduga membawa mereka ke pertemuan kedua yang berakhir dengan sebuah akad.

“Kita kahwin.” – Jaidan.
“Awak tak perlu kasihankan saya, Jaidan.” – Juwita.

Juwita fikir dia kuat tapi bila maruahnya bakal diperjudikan, dia terpaksa akur untuk menjadi isteri Jaidan walau itu yang paling dia tak mahu berlaku dalam hidupnya.

Dalam Juwita mencari keserasian hidup sebumbung bersama Jaidan, ujian datang bertimpa-timpa menyebabkan Juwita mengalah dengan ketentuan hidup.

“You can run but you can’t hide, Ju.” – Jaidan

Laluan untuk Jaidan menyemai benih cinta terhadap Juwita menjadi sukar apabila Firman jadi penghalang.

“I don’t ask much, Ju. Buat saya percaya, cukuplah.” – Jaidan
“Antara kekasih dan sahabat, saya pilih sahabat.” – Juwita

Tuesday, 14 December 2021

Eksklusif Untukmu ~ Sufea Hareez

(SEM & SS) RM26.00 > RM25.00

“Kahwin dengan stranger. Agak-agak malam pertama I selamat tak?” – Laila Qaisara
“I bukan stranger lagi, Laila.” – Aiman Iskandar

Laila dan Iskanar, kisah mereka bermula di bumi New York. Berkahwin di perantauan atas restu keluarga dan perkahwinan mereka cukup rencah bahagia.

“You jangan manjakan I sampai tangan I lupa nak berfungsi, Is.” Laila Qaisara
“Tangan you berfungsi dengan sempurna ketika ini, baby.” – Aiman Iskandar

Namun, di sebalik bahagia yang membukit, rumah tangga mereka diancam bahaya.

“Dia dah bosan dengan you, Laila. And you are no longer exist.” – Suraya
“Perkahwinan tanpa kejujuran bukan sesuatu yang eksklusif, Aiman Iskandar.” – Laila Qaisara

Kecewa dengan Iskandar, Laila bawa diri pulang ke Malaysia. Lama berpisah, takdir kembali

Wednesday, 22 September 2021

Miss Ducati ~ Sufea Hareez

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

“You are just ‘wow’ me, Miss Ducati.”- Amir Luqman.

Siapa yang tak kenal Tuan CEO muda yang tampan dan segak bergaya bernama Amir Luqman? Dan kelebihan yang dimilikinya telah digunakan untuk menakluki seorang Miss Ducati. Hanya di bilik persalinan, segalanya bermula dan berakhir dengan sejarah yang tak termampu dilupakan. Dua tahun berlalu, mereka ditemukan semula. Maka terjadilah adegan Tuan CEO mengejar Miss Ducati.

“Tak boleh ke kalau awak terus ignore je saya? Jangan cari saya lagi.” – Rania Nabila.
“Saya tak suka perempuan tinggalkan saya.” – Amir Luqman.
“Anggap saja saya ni macam mangsa awak yang lain.”- Rania Nabila.
“Oh, no... no... I am not your one-night stand or vice versa, Miss Ducati.”- Amir Luqman.

Itu hanya permulaan. Dan pengakhirnya, Nabila jadi kalah dengan kesungguhan seorang Luqman yang tak pernah jemu dengan kehendaknya.

“Saya bukan seperti yang awak kenal dulu, Luq. Semua yang ada di sekeliling saya sangat menakutkan.” – Rania Nabila.
“Kita kahwin.” – Amir Luqman.

Itu sahaja jalan yang Luqman mampu fikirkan, biar Rania Nabila terus di sampingnya agar segala

Saturday, 11 July 2020

Melodi Hati ~ Sufea Hareez

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Bagi Aireen, Faiq Iqbal itu sombongnya tak boleh dibawa berbincang. Sebab itu dia panggil Tuan Sombong. Dan bila ditawarkan menjadi isteri pada bosnya itu, dia bagai tak percaya. Rasa seperti main-main pun ada. Iqbal pilih Aireen atas desakan mamanya. Dan perkahwinan mereka ada kontrak, perlu dirahsiakan dari pengetahuan umum.

“Kita akan hidup macam suami isteri yang lain. Tidur sebantal, sekatil dan sebilik. Kontrak kahwin aku bukan dengan kau tapi dengan mama aku.” – Iqbal.
“Tapi, kau tak boleh jatuh cinta dengan aku.” – Iqbal.

Syarat Iqbal yang agak tak logik itu buatkan Aireen serba salah. Tapi, dia tak diberi masa dan peluang untuk berfikir. Dan dia harus terima. Kahwin kontrak mereka bukan cerita klise yang harus asing-asing bilik dan buat hal masing-masing. Hidup mereka sama seperti suami isteri yang lain.

“Bila aku tak ada, kau akan rindu aku tak?” – Iqbal.
“Saya rindu atau tuan akan rindu saya?” – Aireen.

Wednesday, 11 March 2020

Rajuk Karina ~ Sufea Hareez

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

“There's no love for her. Maaf, Mizan takkan kahwin dengan Karina." – Mizan 

Penolakan Mizan atas cadangan opahnya buat Karina kecil hati. Ya, dia tahu mereka sepupu tapi, masih sah nikah. Lantas, hati cuba dialihkan pada Saiful. Karina yakin Saiful adalah jodohnya. Dia terima Saiful tanpa syarat. Tapi, Saiful pula main kayu tiga. 

“I izinkan you kahwin dengan Anum tapi dengan syarat, ceraikan I.” - Karina 

Diceraikan ketika sarat mengandung buatkan Karina nanar. Namun, dia perlu kuat demi Batrisya. Dan dia bernasib baik kerana masih ada Mizan di sampingnya. 

“Abang sayang Kar.” - Mizan. 
Sayang yang Mizan lafazkan bukan sayang adik-abang macam dulu lagi. Tapi sayang itu sudah berubah rentak. Namun kali ini, Karina lebih hati-hati. 
“Susah-susah sangat, Mizan bawa Kar ke Siam. Nikah kat sana.” - Mizan 
“Ingat sikit, belum kahwin lagi. Jangan suka-suka redah bilik Kar.” – Opah 

Saturday, 20 April 2019

Kerana Dia Aina Isabelle ~ Sufea Hareez

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Hidup seorang Aina Isabelle tiba-tiba berubah bila Zafran mengambil keputusan untuk menetap di kampung atas alasan menjaga ibunya yang disahkan menghidap kanser. 

“Awak boleh buat sendiri, kan?” - Aina 
"Awak nak saya call ibu, beritahu yang awak tak nak tolong saya?" Zafran. 

Zafran sentiasa gunakan alasan ibu Zaharah untuk membuatkan Aina mengalah. Ibu Zaharah itu, wanita mulia yang sangat Aina hormati. 

“Zaf nak kahwin dengan Aina sebab ibu. Zaf nak ibu bahagia.” – Zafran. 
“Jangan lukakan Aina, Zaf. Kahwinlah dengan Sarah, dia yang Zaf cinta. Ibu tetap akan bahagia.” - Zaharah 

Kerana desakan si anak, Zaharah mengalah. Aina pula, terima kerana dia tak pernah diajar membantah. Walau dia tahu dia bukan pilihan pertama tapi, tetap juga dia berusaha untuk menjadi isteri yang menyenangkan.