ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Saturday, 11 July 2020

Melodi Hati ~ Sufea Hareez

(SEM & SS) RM27.00 > RM24.30

Bagi Aireen, Faiq Iqbal itu sombongnya tak boleh dibawa berbincang. Sebab itu dia panggil Tuan Sombong. Dan bila ditawarkan menjadi isteri pada bosnya itu, dia bagai tak percaya. Rasa seperti main-main pun ada. Iqbal pilih Aireen atas desakan mamanya. Dan perkahwinan mereka ada kontrak, perlu dirahsiakan dari pengetahuan umum.

“Kita akan hidup macam suami isteri yang lain. Tidur sebantal, sekatil dan sebilik. Kontrak kahwin aku bukan dengan kau tapi dengan mama aku.” – Iqbal.
“Tapi, kau tak boleh jatuh cinta dengan aku.” – Iqbal.

Syarat Iqbal yang agak tak logik itu buatkan Aireen serba salah. Tapi, dia tak diberi masa dan peluang untuk berfikir. Dan dia harus terima. Kahwin kontrak mereka bukan cerita klise yang harus asing-asing bilik dan buat hal masing-masing. Hidup mereka sama seperti suami isteri yang lain.

“Bila aku tak ada, kau akan rindu aku tak?” – Iqbal.
“Saya rindu atau tuan akan rindu saya?” – Aireen.

Keletah Aireen sering buat jantung Iqbal bagai diuji. Segala syarat yang diberi sebelum nikah hilang entah ke mana. Muka serius dan garang sebelumnya bertukar rupa.

“Mama risau kalau anak jantan mama tu tak bernafsu. Manalah tahu, dalam diam menantu mama ni merana.” - Puan Sri Kalsom.
“Ya, memang merana. Tapi merana tak cukup tidur sebab anak mama tu terlebih normal.” – Aireen.

Hidup mereka bahagia saja sehinggalah Maya muncul. Maya itulah pemilik hati Iqbal, yang membuatkan rasa cinta mati di hati lelaki itu. Dan bila Maya sanggup lakukan apa saja demi mendapatkan Iqbal semula, kebahagiaan mereka terus tergugat.

“Tuan Sayang dia. Tuan cintakan dia.” – Aireen.

“Apa yang kau fikirkan tak pernah berlaku dan takkan berlaku. Honestly, you are my first kiss.” - Iqbal.

Apa sebenarnya yang berlaku antara Iqbal dan Maya sehingga Aireen salah sangka dan lari membawa diri? Dan apakah masih ada peluang buat mereka untuk terus bahagia?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...