Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Saturday, 20 April 2019

Dandelion Ditiup Angin ~ Aidah Bakri

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Sembilan tahun berlalu. Dini yang dulunya naif, yang dianggap seperti dandelion yang rapuh oleh Harraz Rifqi, kini sudah bergelar Doktor Nurin Ardini. Kembalinya Dini ke bumi Malaysia bukan untuk merubah sejarah yang terlakar. Tapi pertemuan semula dengan Rifqi, mengingatkan dia pada sejarah lama. Sejarah luka yang amat menyakitkan. 

“Awak fitnah saya sampai saya terpaksa bernikah dengan awak. Kemudian, awak perkosa saya.” - Dini 
“Perkosa? Awak sudah menjadi isteri saya waktu tu.” - Rifqi. 
“Saya tidak rela diperlakukan begitu. Perkosa istilahnya walaupun halal.” - Dini 
“Awak nak saya buat apa lagi supaya awak boleh maafkan saya?”- Rifqi 

Walau luka yang telah dia jahit dengan benag-benang bahagia sudah terkoyak kembali, Dini akur untuk kembali sebumbung dengan lelaki itu demi umi. Demi wanita yang telah menganggap dia sebagai anak sendiri. 

“Sekali lagi saya dengar awak ungkit kisah lama kita, saya denda awak. Setiap kali awak ungkit, awak kena sebut ‘saya sayang awak’. Serius.” - Rifqi
 “Gila!” - Dini. 

Sejuta sesal yang Rifqi luahkan tidak pernah mampu untuk menyembuh luka di hati Dini. Namun, bukan mudah untuk Rifqi mengalah kerana pada dia, Nurin Ardini itu selamanya milik dia. Mampukah mereka menemui jalan akhir yang bahagia? Adakah ikatan yang terikat tanpa rasa cinta itu mesti diputuskan tanpa usaha untuk dibajai? ‘Ada masanya hanya takdir yang menentukan impian indah menjadi satu kenyataan.’