Mitos menyebut bahawa sundel bolong berasa malu dengan lubang yang ada di bahagian belakangnya. Lubang yang bersimbahan darah itu terselindung di sebalik baju yang dipakainya. Imah memutuskan untuk berhenti menjadi penari yang identik sebagai pemuas nafsu lelaki. Dia berkahwin dengan seorang lelaki baik yang bernama Sarpah, seorang pemain gendang Kumpulan Tayuban yang menjadi pengiring para gadis ronggeng menari. Mereka kemudiannya berpindah ke kampung lain sebagai usaha untuk meredakan cemuhan jiran tetangga. Sarpah bekerja dengan seorang penjual teh yang bernama Danapati.
Meski Imah sudah memutuskan untuk berhenti jadi penari, tetapi penduduk kampung sudah terlanjur tidak menyukainya, kerana memandang rendah terhadap kerjaya seorang penari ronggeng. Danapati melakukan apa saja untuk mendapatkan Imah, termasuk mengarahkan Sarpa supaya mengambil benih teh di daerah Sumatera. Danapati pada suatu kesempatan berjaya memperkosa Imah. Namun Imah berjaya lari ke Banjar. Danapati dan orang-orang upahannya terus mencari Imah. Dia mengarahkan anak-anak buahnya itu supaya membunuh Imah. Pada masa yang sama, di Sindangsari mengalami situasi yang sama dengan Banjar, di mana banyak terjadi kes pembunuhan berlaku dengan kecederaan yang teruk di bahagian belakang mayat.
Setiap mayat yang ditemui semuanya berlubang di bahagian belakang seolah-olah dirobek oleh kuku-kuku binatang buas. Warga Sindangsari menjadi resah sehingga menimbulkan perasaan saling curiga-mencurigai di antara sesama mereka. Sewaktu masyarakat kampung berusaha mencari si pelaku, sundel bolong menjelma dan membuatkan situasi semakin tegang. Adakah Sarpa mengetahui kejadian yang telah menimpa isterinya Imah? Apakah hubungan sundel bolong dengan pembunuhan yang berlaku di Sindangsari dan Banjar? Apa yang sebenarnya telah terjadi di sebalik legenda sundel bolong?