Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 15 April 2019

Vektor ~ Ahmad Erhan

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

VEK-TOR ialah sejenis agen mudah alih ‘mobile agent’ yang menyebar, membawa ataupun memindahkan satu patogen (virus) daripada perumah (manusia ataupun haiwan) kepada yang lain.

Firaz dan isterinya, Aishah berusaha untuk menyelamatkan anak kecil mereka, Azad yang diculik oleh sekumpulan penjenayah antarabangsa.

Kumpulan penjenayah itu diketuai oleh Catrin. Mereka datang ke Malaysia untuk menjalankan satu tugasan rompakan yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini. Sebelum segala-galanya bertukar menjadi huru-hara.

Setelah mengetahui identiti sebenar pasukan penjenayah itu, Firaz dan Aishah tahu mereka tidak boleh berdiam diri sahaja dan menunggu pihak polis menyelesaikan kes culik anak mereka.

Nyawa Azad kini dalam bahaya. Catrin telah merancang sesuatu. Jika pasukan keselamatan terlewat, anak mereka pasti tidak akan ditemui lagi. Dengan alasan itu, Firaz dan Aishah segera melaksanakan rancangan untuk menyelamatkan anak mereka.