Setiap manusia ialah bulan: ada sebelah sisi yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa.
Kehidupan Badar yang normal mula terganggu dengan beberapa siri kejadian aneh. Makin menggusarkan bila seorang demi seorang temannya mula menemui ajal. Hanya satu cara untuk Badar menghentikan semuanya; dia perlu mencari Zamir! Hanya lelaki itu yang mampu membantunya. Namun bila hanya berbekalkan sebaris nama, tugas mencari itu bukanlah tugas yang mudah...
Sin mempunyai segalanya; kemasyhuran, kekayaan, dan perempuan. Satu-satunya benda yang tak pernah dia miliki, ialah diri sendiri. Jiwanya jadi kacau hingga dia nekad ingin menamatkan riwayat hidupnya. Muncul Zarul mahu membantu. Sin boleh dipulihkan dengan satu syarat; Sin harus bersedia untuk melalui satu perjalanan yang begitu asing. Mampukah Sin menghadapinya?
Antara Badar dan Sin, ada garis halus yang memisahkan kedua-duanya. Dan apabila garis halus itu lenyap... akan ada rahsia besar yang bakal terbongkar!