Nabi Sulaiman selain dikurniakan kepintaran akal, juga berkemahiran mencanai tembaga dan membina istana berlantaikan teknologi kaca serta menguasai dan memahami pelbagai bahasa makhluk selain manusia dan boleh berkomunikasi dengan mereka dengan baik.
Buku ini mendedahkan penemuan kehebatan teknologi tinggi pembinaan Haikal Nabi Sulaiman dengan segala kecanggihan yang terdapat pada zaman itu, dan tidak terdapat pada zaman ini. Termasuk kecanggihan teknologi binaan istana Puteri Balqis. Buku ini juga membongkar misteri “Tabut” dan “Manna Wa Salwa” yang didakwa tersembunyi dalam haikal Sulaiman, sedangkan artifak misteri itu sehingga sekarang masih menjadi tanda tanya, apakah ia masih wujud atau hanya sebagai illusi Yahudi sahaja.