Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday, 9 July 2019

Amalan & Dia Daripada Al-Quran & Hadith Pelajar Cemerlang ~ Noor Ashikin Mohamad Yusuf

(SEM & SS) RM6.50 > RM5.90

Pelajar cemerlang ialah pelajar yang taat dan patuh kepada agama dengan menuruti segala perintah Allah s.w.t. dan meninggalkan segala larangan-Nya. Buku ini menekankan amalan ibadah yang mantap dapat membentuk kecemerlangan dalam pelajaran bagi seorang pelajar. Ibadah yang tepat bukan sahaja diberikan ganjaran pahala, malah memperoleh dorongan dan semangat dalaman. Terdapat beberapa amalan yang difokuskan dalam bab ini mengenai perhubungan dengan Allah s.w.t. yang juga resipi kejayaan seorang pelajar.

Antara Kandungan:
BAB 1 : Sayangi Allah
• Amalan 1: Memantapkan Keimanan
Doa : Doa Mohon Ketetapan Iman
• Amalan 2: Membiasakan Diri untuk Solat Sunat
Doa : Doa Solat Sunat Tahajud
• Amalan 3: Mendirikan Solat Fardu dengan Penuh Khusyuk
Doa : Doa Fokus Ketika Belajar

BAB 2 : Pelihara Diri
• Amalan 6: Beristighfar Setiap Hari
Doa : Sayyidul Istighfar
• Amalan 7: Memelihara Waktu Solat
Doa : Doa Menjaga Solat
• Amalan 8: Melazimi Berdoa
Doa : Doa Lembut Hati