Dahulu golongan khunsa dan transeksual ini adalah antara golongan yang dirahsiakan identitinya. Tiada siapa yang tahu kewujudan jantina unik ini. Dalam masyarakat, golongan ini menjadi golongan minoriti dan dianggap memalukan nama baik keluarga dan keturunan.
Namun begitu, pada zaman sekarang semakin ramai golongan ini yang keluar ke masyarakat dan secara terang-terangan menonjolkan diri mereka tanpa rasa malu atau rendah diri. Mereka ini terdiri daripada golongan professional, pemilik syarikat kosmetik dan ada yang menjadi penghibur.
Siapakah golongan khunsa? Siapa pula golongan transeksual? Adakah mereka ini sama? Golongan yang kita panggil mak nyah, pondan, bapuk, transgender, tomboy dan macam-macam gelaran lagi.
Bagaimana kita dapat bezakan ini? Apakah status mereka dalam masyarakat dari segi perundangan dan juga islam? Apakah hukum-hakam yang terpakai untuk mereka dalam menunaikan solat, perkahwinan, faraid, haji dan umrah serta aurat?
Buku Khunsa & Transeksual: Identiti, Undang-undang dan hukum menurut islam ini akan memberi jawapan kepada setiap persoalan ini