Solat, bagi kaum muslimin, adalah perkara yang tidak asing lagi. Ianya merupakan ibadah yang paling utama. Sebahagian kita menyebut solat dengan kata sembahyang. Menyamakan solat dengan sembahyang sama ertinya dengan menyatakan bahawa setiap agama memilikinya, tidak terkecuali agama kita. Ianya menyatakan hal yang demikian ini sesungguhnya tidak terlalu tepat.
Ketika kata solat diganti dengan kata sembahyang, maka ianya mengandaikan bahawa setiap agama memiliki cara sendiri-sendiri dalam bersembahyang, akan tetapi pada hakikatnya cara tersebut memiliki maksud dan matlamat yang sama. Maksud dan matlamat yang sama, hanya cara dan waktu-waktunya saja yang berbeza. Persoalannya, apakah memang sedemikian? Apakah solat itu tidak ubahnya sembahyang yang dilakukan oleh seorang Kristian, atau seorang Hindu, atau seorang Buddha? Apakah benar bahawa maksud dan matlamatnya itu sama dan hanya berbeza dalam cara dan waktu-waktunya saja? Tidak adakah hakikat yang dapat ditarik dari perbezaan cara-cara dan waktu bersembahyang antara agama tersebut, sehingga perbezaan ini membawa perbezaan pula dalam maksud dan matlamatnya?