Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday 7 November 2019

Tercagarnya Akadku ~ Fauziah Ashari

(SEM & SS) RM28.00 > RM25.20

NUR AIRIS dan ZUFAR HANNAN bersatu tanpa cinta. Seorang mengelak daripada perkahwinan ‘cina buta’ manakala seorang kerana wang ringgit. Namun, sejauh mana kudrat Airis mengelak setelah empat tahun dia tinggalkan Zufar tatkala lelaki itu memburunya hingga sanggup menjadi drebar dan bodyguardnya atas arahan Datuk Jae.

-When I need you, I just close my eyes and I’m with you, Nur Airis. No one could kill me except you.-

Airis hentikan langkah. Menghayati setiap bait ayat tertera di skrin telefonnya. Belum sempat skrin telefonnya gelap, satu mesej diterimanya lagi.

-Toleh belakang.-

Sebaik Airis toleh, dia lihat Zufar sedang pejamkan mata. ‘When I need you I just close my eyes and I’m with you’. Rasa terngiang-ngiang ujaran tersebut daripada bibir Zufar. Airis menyimpan senyum.
“Abang Han!”

Airis dan Zufar sama-sama terkejut. Airis pandang Suhaila yang menjerit tadi. Zufar juga spontan buka matanya. Kacau betul budak Ila ni! Potong stim!
“Cik Naira suruh basuh sikit keretanya. Ada tahi burung kata dia. Pukul tiga Cik Naira nak keluar.”
Waktu sama Zufar buka WhatsApp daripada Airis sambil mata terbias ke arah Airis dalam kotak lif yang hampir tertutup pintunya.

-I feel like flying-

NAMUN masih suaminyakah Zufar ini apabila dia tinggal di banglo milik majikannya manakala Zufar di kuarters pekerja? Di kawasan sama yang digelar Tanah Yumnaa…

“Awak berdendam?” – Airis
“Kalau berdendam, layak kan?” – Zufar

SIAPA Zufar sebenarnya tatkala hati kecil Airis berkata… Awak sesuatu, Zufar. Awak sesuatu sangat. Cool like ais, hot like lava, valiant like a killer, sweet like...like... ah...lori tumpah gula…