Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 16 December 2019

Senyumlah Bidadariku ~ Hessa Widad

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

“Shin diterima jadi mekanik kereta lumba yang diidamkan tu, mak.” - OSHIN ELEENA

“Doktor Para ni maksudnya doktor yang terlatih dengan kemahiran skil penerjunan dan ketenteraan sama macam anggota elit yang lain. Sama-sama turun operasi.” - KAPTEN DOKTOR HAZIM

Masing-masing mempunyai ‘rasa’ antara satu sama lain. Namun, rasa itu tak terluah dan terbiar sepi dimamah masa. Pertemuan di majlis perkahwinan abang Oshin, Sharimin, meyakinkan Hazim untuk membuat keputusan.

Pinangan Hazim dirasakan sebagai ancaman besar yang mengganggu-gugat usahanya mencapai impian hidup, menjadi doktor pakar kereta. Namun, kemahuan keluarga menyatukan mereka buatkan Hazim bertindak pantas menawan hati Oshin dengan janjinya. Pertunangan dilangsungkan dengan tergesa-gesa sebelum pemergian Oshin melanjutkan pelajaran ke Jerman.

Pelbagai onak duri percintaan yang dilalui Hazim dalam mengikat Oshin dengan kasih dan cintanya. Kejauhan hanyalah jarak yang memisahkan jasad, tapi tetap merapatkan dan menguatkan hati untuk bersama. Dek terlalu sayang dan cinta pada Hazim, Oshin mahu diputuskan pertunangan mereka semata-mata untuk memastikan Hazim bahagia...

“Sekiranya nyawa Shin dah terbang, tunaikan harapan terakhir Shin... Akak bawalah jenazah Shin balik. Shin nak dikebumikan di sebelah kubur abah.” - OSHIN ELEENA

Pantang anak jantan menyerah sebelum berjuang. Hazim buat keputusan menggempur Oshin di Jerman bersama Sharimin dan isterinya, Meera. Dia perlu tahu sebab musabab mengapa perkahwinan mereka dibatalkan. Alangkah terkejutnya mereka, melihat Oshin yang menghidap kanser darah berjuang sendirian tanpa keluarga.

“Dan zalimnya Shin sebab sangsi pada abang. Abang cintakan Shin. Segala-galanya tentang Shin... Demi Allah... Demi rasa cinta yang dah terlalu lama abang pendam, abang nak kita disatukan segera.” - KAPTEN DOKTOR HAZIM

“No! Gila. Shin tak perlukan simpati sesiapa pun... Shin akan mati.” - OSHIN ELEENA.

“Abang pun.” - KAPTEN DOKTOR HAZIM

“Abang perlu bahagia.” - OSHIN ELEENA

Mampukah Hazim meyakinkan Oshin yang dia bersungguh dengan cintanya? Berjayakah misi AKU INGIN HIDUP yang menjadi matlamat hidup terbaru Oshin? Kuatkah kasih sayang dan cinta Hazim memimpin Oshin untuk bersemangat memperjuangkan hidup matinya? Berdayakah Oshin menewaskan kanser dan seterusnya menjulang piala kehidupan yang diimpikannya selama ini?