Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Thursday, 23 June 2022

Aku Pun Ingin Bahagia ~ Zaza Qry

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Bekerja dengan Riaz Ezran yang garang, siapa saja tak takut. Tapi, tidak bagi Fazra Imaris. Mahu dikata dia tidak terlalu takut, tidak pula. Tapi, berani jugalah dia berlawan cakap dengan Riaz. Tak pasal-pasal dia gelarkan Riaz singa datang bulan.

Puan Hazlin, umi kepada Riaz pun sama naik, gelarkan Riaz begitu. Dah garang sangat kan. Asyik nak marah tak tentu masa saja.

“Tak beranilah saya. Encik Riaz serupa singa datang bulan, tak berani saya nak rekomenkan orang. Nanti tak pasal-pasal saya yang salah sebab buat Encik Riaz datang bulan hari-hari.” - Fazra Imaris

Puan Hazlin mendesak Riaz berkahwin semula kerana anak Riaz, Fifi, perlukan kasih sayang seorang ibu. Tapi, Riaz menolak. Dia tidak betah untuk menjadi suami buat kali kedua. Dia juga tidak mahu rahsia terbesarnya menjadi bualan orang.

“Itu cincin. Mata kau dah buta ke? Cincin tanda kau setuju kahwin dengan aku!” - Riaz Ezran

Fazra menolak kerana dia juga tidak mahu rahsianya diketahui orang. Tapi, satu hari muncul pula lelaki yang sudah dia lupakan. Lelaki kasanova yang sanggup tinggalkan isteri yang sakit untuk dijaga oleh orang lain.

Ikram, lelaki tak guna itu adalah abang Riaz!

Kemunculan semula Ikram buat Fazra Imaris menerima lamaran Riaz. Perkahwinan mereka ibarat situasi menang-menang saja kerana mereka berdua ada rahsia. Rahsia yang mereka sendiri tidak mahu orang tahu.