Kerana tidak mampu membayar balik wang itu, Alya bersetuju untuk menjadi perempuan milik Edreez sekali gus tinggal bersama Edreez. Tapi, dia menetapkan beberapa syarat. Dan syarat-syarat itu dipersetujui oleh Edreez.
Bila Alya dah tinggal bersama Edreez, lain pula yang jadi. Edreez cuba nak langgar syarat-syarat yang telah dipersetujui.
“Itu cuma janji dan syarat yang tidak relevan. Lagipun, syarat awak tu hanya di bibir sahaja. Tak ada hitam putih.” - Edreez
“Memanglah syarat-syarat itu tak ada hitam putih, tapi Lufiyah adalah saksi.” - Alya
Bagaimana Alya nak menangani sikap Edreez yang mula berubah? Malah, makin lama tinggal bersama, perangai Edreez makin nakal dan makin miang. Lelah Alya nak menanganinya.
“Tak payah urut dan picit lagi. Tangan awak tu bukannya mengurut, tapi menjalar merata-rata.” - Alya
“Ya ke? Tak perasan pula tangan saya ni dah merayap kat tempat lain.” -Edreez
Alya dan Edreez mula mengakui yang mereka saling mencintai. Tapi, kewujudan Alya dalam hidup Edreez tidak disenangi oleh Dato’ Zaharah kerana dia mahu menjodohkan Edreez dengan Jenny.
Bagi Dato’ Zaharah, Alya tidak layak untuk Edreez sehinggakan dia sanggup menawarkan wang untuk Alya tinggalkan Edreez. Jadi, apa pula tindakan Dato’ Zaharah apabila Alya menolak tawaran itu?