Kahwin paksa. Klise. Rash Haddy tak pernah sangka dia akan menjadi mangsa. Cintanya pada Damia, perempuan yang dia sendiri tak tahu kenapa dia terlalu cintah, musnah. Terpaksa dilupakan begitu saja.
Kehendak Tuan Makmod perlu diikut. Jika tidak, dia akan dicop dengan gelaran 'anak tak guna'. Paling dahsyat lagi, silap-silap Tuan Mahmod boleh panggil dia anak derhaka.
Sejak kecil Haddy sebolehnya tak mahu ayahnya kecewa. Cukuplah dia tahu betapa deritanya Tuan Mahmod ditinggalkan mommynya satu masa dulu.
Dan, paling memeningkan, mommynya sendiri menyokong pulak dia berkahwin dengan gadis pilihan Tuan mahmod. Walaupun pandangan mommy dan ayahnya selalu bertentangan.
Setelah habis ikhtiar untuk mengelak, akhirnya Haddy mengikut. Bagi Haddy, apa ada hal? Gadis itu dia kenal sejak kecil. Dia tahu siapa Nur Sarra. lepas kahwin, dia yang akan menakluki segalanya. Dia suami. Dia ketua. Jadi apa yang perlu dia risau?
Namun, segala rasa lega itu musnah bila gadis yang dulunya dia kenal sebagai gadis nakal-nakal manja, sudah bertukar rupa. Gadis sporting yang pernah beberapa kali keluar dengannya itu, sudah jauh berubah.
"Aku tak faham betul. kenapa perempuan seksi, bergetah, melentik macam Sarra tu, boleh menjelma jadi ustazah? Sampai nampak dua biji mata je. Pelik." - RASH HADDY
"Apa yang kita kejar kat dunia ni, Haddy? Selain redha Allah, tak ada apa yang patut kita excited sangat." - NUR SARRA JANE
Bagi Sarra pula, jodohnya dengan Haddy adalah ketentuan Tuhan yang paling indah. Setiap sabarnya, dia yakin pasti ada 'hadiah'. Kerana Haddy adalah lelaki yang sejak dulu dia cinta.