Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday 5 February 2020

Ada 15 Sebab Anda Ulat Buku Sejati


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kebanyakan kita ada ditakdirkan memang suka membaca. Cuma kadang-kadang kita ini membaca bersebab. Ada yang membaca sebab hobi, ada yang membaca sebab nak lulus periksa, ada yang membaca sebab paksaan dan ada juga yang membaca sebab nak tambah ilmu. Namun, jika anda perhatikan diri anda mahupun rakan lain yang suka membaca, adakah mereka ulat buku sejati atau addicted bookworm? 

Well... di sini kami senaraikan 15 SEBAB UTAMA ANDA ADALAH ULAT BUKU SEJATI (you know who you are)
Jika anda ada tabiat tu semua, sah2 anda memang #ulatbuku paling agung...

1. Dapat habiskan bacaan buku 4-5 naskhah sebulan. Tak semua orang mampu habiskan buku sebanyak ni kerana tuntutan kerja, keluarga & rehat yang diperlukan.

2. Suka dengan bau kertas ketika masuk ke kedai buku. Menjadi seperti satu ketagihan bila dapat masuk ke kedai buku & mencium bau buku-buku di situ. Duduk dekat sejam pun takpe.

3. Adrenalin meningkat setiap kali ke kedai buku / pesta buku. Yang ini jangan cerita, dia punya keterujaan memang lain dari hari biasa. Excited sangat. Lagi-lagi bila pergi ke pesta buku yang besar-besar.

4. Suka buku fizikal & elektronik. Tak kisahlah apa jenis buku pun, kalau dah memang kaki membaca, semuanya dibelasah.

5. Sanggup berjaga lewat malam untuk habiskan bacaan buku yang best. Yang di memang ketara sangat bila dah dapat buku yang ngam dengan jiwa. Walaupun hati berkata 'sikit lagi. nak tidur lepas ni', tapi jangan percaya. Tahu-tahu aje dah jam 3 pagi.

6. Mesti membaca satu mukasurat sehari. Yang ni bergantung. Ada yang dapat baca sehelai tapi ada juga yang serius, boleh baca terus satu bab :)

7. Setiap kali bercuti/berjalan, mesti ada satu buku dalam beg. Obvious sangat untuk ulat buku. Mereka memang akan standby senaskhah buku walaupun kecil kat dalam beg tangan/begpack.

8. Sanggup tahan lapar demi nak tahu penamat buku. Ini selalunya terjadi buat pembaca yang kaki novel. Mereka sanggup makan pagi awal & kemudian hadap novel sampai 4-5 jam. Bab makan, tiba-tiba jadi tak penting.

9. Teruja sangat bila dapat jumpa penulis pujaan. Hah! Yang ni tak dapat disangkal lagi. Harus ada rasa tersebut bila dah bertahun kita beli koleksi buku tulisan mereka. Bila dah bertentang mata, rasa happy sangat sampai nak meloncat.

10. Sanggup berkongsi dengan famili untuk buku yang bagus dibaca. Bila kita tahu buku tersebut memang bagus, menarik & bermanfaat isinya, kita rasa macam 'Eh! Aku nak kongsi le buku best ni dengan mama, abah & best friend aku.'

11. Lebih suka lepak baca buku berbanding shopping. Yes. Tabiat ni memang ketara di kalangan ulat buku, kaki novel & book addict. Bagi mereka, shopping pakaian, barangan tak se'best' shopping buku & baca buku menarik (walaupun dah dekat 5 kali ulang baca buku yang sama).

12. Sanggup beli buku lain walaupun ada buku yang belum baca. Orang kata tabiat ni tak bagus tapi... jika kau dah jumpa buku yang bagus, takkan nak biarkan begitu sahaja. Entah-entah lain kali dah tak cetak buku tu atau dah habis stok. Menangis buku katil pun tak guna.

13. Tak sabar nak baca bila tahu penulis pujaan dah terbit buku baru. Peminat setia sanggup beratur panjang kat pesta buku demi nak dapatkan buku baru bertandatangan penulis. Bagi mereka, perasaan tersebut membuat-buak dan sukar dibendung selagi tak dapat.

14. Jatuh cinta dengan watak utama buku lebih best dari selebriti. Please admit, yang ni akan terbawa-bawa sehingga berharu-hari. Kalau tak percaya, try baca buku bestseller yang bercetak dekat 5-6 kali cetakan. Kau akan tahu auranya.

15. Baca berulang kali buku yang best. Tabiat ni, rasanya semua ulat buku ada. Kita dah setkan beberapa buku yang best yang akan dicapai untuk dibaca kerana keseronokan & dapat hilangkan stress kita.

Happy reading all bookworm.