Buku ini merupakan kompilasi risalah atau tips nasihat berkenaan dengan isu perkahwinan untuk pengantin baru yang sesuai untuk dihadam dalam bentuk bacaan santai.
Antara nasihat yang terkandung di dalam buku ini ialah
Dalam perkahwinan bukan semuanya manis dan indah, tetapi hakikat kehidupan penuh dengan ranjau dan duri.
Justeru itu, sebarang bentuk ombak, onak dan duri perlu deselesaikan dengan penuh hikmah dan bijaksana.
Buangkanla sifat “awak salah” dan “saya betul”. Sebaiknya binalah sifat dan ungkapan bahasa “maafkan saya”. InsyaAllah, api kemarahan dapat diredakan.
Ingatlah si suami bahawa akad nikah dengan lafaz ijab kabul mengesahkan ikatan perkahwinan dengan kalimah Allah SWT. Justeru terpikullah “amanah” kekeluargaan yang wajib dilaksanakan dengan jayanya. Isteri pula amat perlu mentaati suami dengan penuh keikhlasan dengan cara itu, sudah tentu rumah tangga akan menjadi harmoni dan melahirkan sakinah, mawaddah serta rahmah.