Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday, 23 June 2020

101 Doa Nabi & Rasul Dalam Al-Quran ~ Datuk Dr. Zahazan Mohamed

(SEM & SS) RM19.90 > RM17.90

Setiap kita pasti mengharapkan kasih sayang Allh SWT untuk mendapatkan sesuatu kebaikan atau mengelak sesuatu keburukan. Sebenarnya kualiti doa itu dipengaruhi oleh kaedah doa itu sendiri, kesungguhan, serta keikhlasan orang yang mengucapkannya.

Sesuatu doa akan dimustajabkan Allah SWT apabila menepati waktunya adanya dan tentunya jika dia berpandukan kepada munajat para nabi, rasul dan golongan salihin sebelum kita. Justeru himpunan doa dan munajat dari al-Quran ini merupakan satu usaha memberikan kepada para Muslimin dan Muslimat kefahaman tentang doa-doa yang Allah SWT ajar kepada kita untuk mengucapkannya dalam setiap situasi yang dihadapi.

Doa dipanjatkan sebagai permohonan, permintaan dan restu daripada Tuhan dengan kepercayaan yang mendalam terhadap kekuasaan-Nya bahawa akan terjadinya keajaiban yang diharap-harapkan. Pelbagai amalan doa diwariskan sebagai panduan umat Islam dalam meniti dan memperbaik kualiti kehidupan bagi menebus jiwa yang berdosa dan mencari pintu taubat.

Kadangkala, Allah SWT menyayangi hamba-Nya dengan cara yang unik. Allah SWT menurunkan pelbagai ujian dan cabaran, lebih-lebih lagi buat hamba-Nya yang berserah diri dan bertawakal kepada-Nya. Ada yang dimakbulkan terus doanya, dan ada juga yang dibiarkan terus menunggu. Mengapa? Tidak sayangkah Allah SWT kepada para hamba-Nya?

Jawapannya ialah Allah SWT mahu menempatkan kita lebih dekat dengan-Nya, agar kita sentiasa mengakui kelemahan diri dan memohon kekuasaan-Nya. Firman-Nya yang bermaksud, “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan!” Oleh itu, teruslah berdoa kerana Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.