Nukilan mereka ini berkaitan dengan jiwa yang sentiasa dahagakan kasih sayang Pencipta-Nya.
Ia adalah himpunan kata-kata yang mengekori jejak jiwa yang tercipta dalam pelbagai rasa. Kandungannya selain memenuhi titipan pesan, ayat-ayat yang tersusun membawa rentak keadaan yang tak lari daripada kehidupan manusia sejagat. Tertumpah segala punca dan alasan, jiwa diratah oleh pergelutan perasaan dengan himpitan dugaan yang noktahnya belum sampai ke titik penyelesaian.
Harapan mereka, moga buku ini menjadi antara buku yang takkan dilupa dari lubuk ingatan para pembaca. Senipis mahupun setebal manapun muka surat sesebuah buku itu, yang baik dan sempurna datangnya daripada Allah Taʻala.