Keretakan keluarga membuatkan 𝐑𝐀𝐈𝐒 𝐋𝐔𝐓𝐅𝐀𝐍 menjadi manusia yang punya hati tapi tidak berperasaan. Sikap dingin dan beku dijadikan perisai untuk mengelakkan diri daripada didekati oleh orang lain. Dia terus lupa cara untuk tersenyum. Dia terus lupa cara untuk ketawa, malah dia terus terlupa cara untuk menyayangi apatah lagi membenarkan dirinya untuk disayangi.
“𝘛𝘶𝘢𝘯 𝘣𝘶𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘪 𝘱𝘦𝘭𝘶𝘢𝘯𝘨 𝘬𝘦𝘥𝘶𝘢 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘴𝘢𝘺𝘢. 𝘛𝘢𝘯𝘱𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘳 𝘱𝘦𝘯𝘫𝘦𝘭𝘢𝘴𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢. 𝘛𝘶𝘢𝘯 𝘮𝘦𝘮𝘢𝘯𝘨 𝘵𝘢𝘬 𝘢𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘳𝘢𝘴𝘢𝘢𝘯! 𝘉𝘦𝘬𝘶! 𝘒𝘢𝘺𝘶!” – 𝐃𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐍𝐀.
Kemunculan 𝐃𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐍𝐀 ternyata mampu untuk menghuru-harakan hidup lelaki beku itu. Disebabkan satu salah faham, Rais terperangkap dalam ulah yang diciptakan oleh Hana. Manakala, Hana menggunakan kesempatan itu untuk kepentingannya sendiri dan akhirnya mereka memilih untuk disatukan demi kepentingan masing-masing tanpa melibatkan sebarang perasaan.
“𝘑𝘢𝘥𝘪 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘯𝘢 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘵𝘶𝘢𝘯?” – 𝐃𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐍𝐀.
“𝘚𝘰𝘢𝘭𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩. 𝘚𝘦𝘣𝘢𝘭𝘪𝘬𝘯𝘺𝘢, 𝘴𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘣𝘪𝘭𝘢 𝘬𝘢𝘶 𝘮𝘢𝘮𝘱𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘬𝘶?” – 𝐑𝐀𝐈𝐒 𝐋𝐔𝐓𝐅𝐀𝐍.
Hana cuba mendekati namun Rais terus menjauhkan diri kerana bagi Rais, hatinya dicipta bukan untuk dicintai atau mencintai.
“𝘑𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘢𝘭𝘶 𝘥𝘦𝘬𝘢𝘵 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢, 𝘏𝘢𝘯𝘢. 𝘈𝘸𝘢𝘬 𝘢𝘬𝘢𝘯 𝘵𝘦𝘳𝘭𝘶𝘬𝘢 𝘯𝘢𝘯𝘵𝘪.”- 𝐑𝐀𝐈𝐒 𝐋𝐔𝐓𝐅𝐀𝐍.
Mampukah hati seorang lelaki beku dapat dicairkan? Atau tembok ais yang melingkari hati Rais akan terus menebal?
“𝘚𝘦𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯𝘨, 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘩 𝘵𝘢𝘩𝘶 𝘥𝘪 𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘵𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘱 𝘢𝘸𝘢𝘬. 𝘛𝘦𝘳𝘪𝘮𝘢 𝘬𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘣 𝘢𝘸𝘢𝘬 𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘢𝘺𝘢. 𝘏𝘶𝘣𝘶𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘪𝘵𝘢 𝘩𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘢𝘵𝘢𝘴 𝘬𝘦𝘳𝘵𝘢𝘴 𝘬𝘢𝘯? 𝘑𝘢𝘥𝘪 𝘣𝘪𝘢𝘳𝘭𝘢𝘩 𝘪𝘢 𝘬𝘦𝘬𝘢𝘭 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘨𝘪𝘵𝘶.- 𝐃𝐈𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐍𝐀.