Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday, 13 July 2020

Imamku Lelaki Pendosa ~ Umie Nadzimah

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Hidup Cahaya Malaika yang bahagia dan ceria bertukar rentak selepas rahsia identitinya terbongkar. Dia bukan anak kandung Encik Firdaus yang penyayang itu. Lalu pertunangannya dengan Nik Safri diputuskan dan dia dihina sebagai anak tak sah taraf!

Apakah dosanya? Kenapa dia yang harus menanggung akibat atas khilaf orang lain?

Tiba-tiba ibu Dean Ilyas bereya-eya hendak jadikan Cahaya sebagai menantu. Nak cepat pula tu langsungnya. Malah majlis besar-besaran sudah dirancang Datin Junaidah.

“You ni serius ke Dean dengan rancangan orang tua you? Atau kerana terpaksa saja?” - ANGGUN

“Syurga anak lelaki kan di bawah telapak kaki seorang ibu.” - DEAN ILYAS
Dean Ilyas yang serba sempurna dan miliki segala-galanya. Ikhlas menerima Cahaya seadanya tanpa mempersoal kisah silam dan status, walau diminta untuk nikah mengikut hukum secara rahsia.

Rupa-rupanya Datin Junaidah ada agendanya. Cahaya yang cantik dan sangat baik itu hanyalah alat untuk menyelamatkan maruah keluarga dan menjaga egonya sahaja. Dengan harapan kehadiran Cahaya akan memisahkan Dean dari ‘Best Friend Forever’nya, Izfairin yang menjadi api dalam sekam.

Tapi bahagiakah Cahaya bersuamikan Dean?

“Kita jangan berpisah boleh tak? Saya sangat selesa kawan dengan awak. Baik, memahami, tak pandang jijik pada saya... Awak ikhlas.” – DEAN ILYAS

Bila Dean merayu supaya jangan tinggalkannya, maka Cahaya Malaika letakkan syarat. Dia mahu Dean mencintainya sebagai seorang isteri sepenuh hati kerana Allah, bukan kerana insan yang tak sepatutnya.