ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Sunday, 16 August 2020

Diana Amaya ~ Nurul Atiqh Ghuzir

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.70

Tidak tahan diejek dan dibuli, hitam dendam mengaburi hati yang dahulunya putih suci. Dengan bantuan Amir, kawan baiknya, Diana berjaya menjejaki Rafael, Zikri dan Nick. Naik gila Zikri dan Nick dikenakannya.

Biarlah! Bukannya mereka kenal dia pun lagi. Dia kini Amaya yang cantik persis bidadari. Bukan lagi Diana yang buruk macam mak lampir.

“Memang korang tiga orang buat hidup aku macam neraka. Kau tiga orang hina, burukkan dan malukan aku di hadapan orang ramai. Macam aku tak ada maruah. Sampai aku jijik dengan diri aku sendiri. Aku bencikan diri aku sebab korang. Sekarang, rasakan.” - Diana Amaya

Tapi lain pula jadinya bila tiba giliran Rafael. Kenapa susah sangat lelaki itu nak dikenakan? Satu demi satu plot dendamnya gagal. Geramnya!

“Awak nak tahu sesuatu? Saya ni sebenarnya boleh baca fikiran dan hati orang.” - Rafael

Muncul pula si gedik Aubrey, tunang Rafael. Bikin kucar-kacir. Depan berpura baik, tapi di belakang, Hantu Kak Limah lagi elok gamaknya. Perlahan-lahan, rasa benci yang meluap kian malap. Bunga-bunga cinta mula merekar.

Ah sudah! Makin rosaklah plot balas dendamnya!

“Saya nak awak tahu yang awak sempurna di mata saya. Sangat sempurna. Jangan pernah persoalkan semua itu lagi, please? In any life, I will still choose you.” - Rafael
“Pergi mati, Rafael. Jangan bermadah di sini. Aku tak cintakan kau.” - Diana Amaya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...