"Saya nak awak kahwin dengan dia supaya dia tahu dalam dunia ini lelaki perlukan perempuan untuk saling melengkapi. Awak holeh tamatkan kontrak ini bila awak dapat carikan jodoh yang sepadan untuk Nazim." - Datin Zainab
Berat tugasan yang diberi. Diminta bernikah dan carikan jodoh lain buat suami. Orang gila saja yang buat keria begini. Tapi entah kenapa bisikan hati Haizi suruh terima.
“Mama nak suruh Nazim bemikah dengan budak tu? Mama rasa Nazim dah hilang akal ke nak terima?” – Raja Nazim
Datin Zainab tak peduli, baginya selagi Nazim tak ada jodoh lain Haizi tetap jadi isteri Nazim sama ada suka atau tidak. Raja Nazim dan Nur Haizi dijodohkan bersama. Bukan senang nak jadi isteri Raja Nazim. Segalanya tak kena di mata.
"Awaik ni pandai buat kopi ke tak? Awak ingat saya hidup dalam zaman Nujum Pak Belalang nak minum kopi pahit macam ini?"
"Saya nak makan sandwich yang ada mayonis la, awak kenal tak mayonis tu apa?"
"Saya tahulah mayonis tu apa. Mayonis to leper-leper macam piring terbang. Lepas makan awak boleh terbang ke planet lain sebab duduk kat planet bumi ni menyusahkan orang.” Haizi mula melawan. Dalam melawan,ada perasaan yang mula bercambah.
"Awak demam Haizi, jangan melawan bila saya suruh makan ubat atau awak nak saya peluk awak kuat-kuat dan suapkan ubat ke mulut awak?"
Siapa kata hatinya tak jatuh cinta pada si isteri namun sukarnya untuk meluah. Apatah lagi si isteri sibuk menjadi pengatur jodohnya. Seorang demi seorang gadis diperkenalkan pada Raia Nazim demi janjinya pada Datin Zainab.Tapi, setiap kali pertemuan diaturkan hatinya menangis sakit.
"Okay calon isteri yang seterusnya ..."
"Cukup Haizi. abang tak mahu dengar lagi calon isteri lain. Haizi tak sayangkan abang, sampai sanggup nak bagi abang pada wanita lain?" Saat hatinya tak mampu berselindung, berterus terang adalah jalan terbaik.
"Tapi...layakkah Haizi untuk abang?" Tak namanya cinta kalau tiada yang menghalang. Cinta yang mula berputik belum tentu bercambah bahagia. Mampukah mereka untuk terus bersama?