Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 15 January 2021

Suratan Atas Pilihan ~ Ana Farhana

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Fia merasakan kehidupannya sudah cukup lengkap. Hidup berdua dengan Reza, tidak bermakna tiada yang datang mengganggu. Keadaan bertambah buruk selepas dia diganggu dan dikejar oleh Syah, lelaki yang masih berstatus suami orang.

“Aku mesti dapatkan perempuan tu. Masa tu baru kau tahu yang Ahmad Syahrin ini hebat ke tidak.” - Syah

Fia cuba sedaya upaya untuk mengelak, namun namun lelaki itu seperti tidak mengenal erti putus asa. Oleh kerana kerap diganggu dan diserang isteri Syah, ia telah memaksa Fia membuat cadangan gila.

“Awak nak kahwin dengan saya?” – Fia
“Kita tak boleh kahwin. Mustahil!” – Qal

Istilah kahwin paksa atau kahwin kontrak tiada di dalam kamus hidup Qal. Bagi Qal perkahwinan itu mulia dan dia tidak mahu Fia berkahwin dengannya hanya semata-mata untuk lari daripada masalah. Tetapi kenapa selepas dia menolak, raut wajah Fia terbayang di ingatannya siang dan malam?

“Apa yang saya tahu sekarang ini... saya rasa saya gilakan awak, Fia.” – Qal
“Tapi awak cakap kita tak kenal hati budi masing-masing?” – Fia
“Kalau saya alihkan bantal peluk ni, boleh tak?” – Qal
“Don’t you dare.” – Fia

Wujudkah cinta selepas mereka berkahwin? Bolehkah kehadiran Qal diterima oleh Reza? Namun, ada satu rahsia besar cuba disembunyikan oleh Fia. Bagaimana pengakhiran kisahnya saat rahsia itu terbongkar?