Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Wednesday, 24 March 2021

The Golden Story of Uthman Bin Affan: Tokoh Korporat Islam Yang Dermawan ~ Haji Husseiny Zamburi

(SEM & SS) RM39.00 > RM36.00

Setelah Khalifah Umar Al-Khattab meninggal dunia, Saidina Uthman bin Affan telah dipilih menggantikan tugas sebagai Khalifah Islam yang ketiga. Di era kepimpinan Khalifah Uthman r.a., perluasan kekuasaan Islam telah diteruskan dan agama Islam telah tersebar dengan pesatnya ke wilayah-wilayah Eropah Timur, Empayar Parsi, sebahagian daripada wilayah Soviet Rusia dahulunya hingga ke sempadan India.

Selain meneruskan dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh khalifah sebelumnya, beliau juga telah melakukan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan. Malah beberapa penambahbaikan itu boleh kita lihat dan saksikan sehingga sekarang. Di antaranya adalah pembesaran Masjid Nabawidi Madinah dalam tahun ke-29 hijrah (ada yang mengatakan tahun ke-30) yang boleh kita saksikan sehingga sekarang. Selain itu juga, beliau telah membuka pelabuhan Jeddah pada tahun ke-26 hijrah. Di mana kita dapat melihat kepesatan pelabuhan ini hingga sekarang yang menjadi pelabuhan utama menghubungkan dunia luar dengan Mekah melalui laut.

Selain itu, penambahbaikan yang besar yang telah beliau laksanakan adalah pengumpulan dan penulisan Al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani. Proses pengumpulan al-quran yang telah ditulis oleh penulis-penulis wahyu Allah ini bermula dari zaman Khalifah yang pertama iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq lagi. Kemudian diteruskan oleh Saidina Umar Al-Khattab. Dan era Khalifah Uthman, beliau telah menyempurnakannya.