ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday, 23 April 2021

Joko Ronggo ~ Intan Aidda

(SEM & SS) RM24.00 > RM23.00

“Macam mana ni, imam? Kita nak teruskan ke cari sampai ke hutan belakang sana tu? Hari dah nak senja ni,” tanya tok ketua sambil menebas semak samun di sekitar tempat dia berdiri. 
“Aku rasa, kita patut berhenti dulu. Lagipun, tak elok kalau waktu-waktu senja macam ni kita masuk ke hutan tu. Bahaya,” balas Imam Karim. 
“Tapi imam, kita masih tak jumpa lagi anak saya. Takkan kita nak berhenti pula? Saya yakin si Leman tu memang ada kat sekitar kawasan tu,” sampuk Wahid pula. 

Air mukanya tampak tegang. Dia seperti tidak berpuas hati dengan cadangan Imam Karim tadi. 

“Wahid, aku faham perasaan kau sekarang. Tapi hari dah nak senja ni. Aku rasa, ada baiknya kalau kita balik dulu. Nanti lepas isyak, kita sambung cari Leman lagi,” cadang Imam Karim. 
“Ah! Imam cakap senanglah sebab yang hilang bukannya anak imam. Aku tak nak balik! Aku akan cari juga Leman sampai jumpa. Kalau korang semua nak balik, korang baliklah,” bentak Wahid. 
“Pak Wahid, sabar dulu. Apa yang Imam Karim cakap tu betul. Kami bukan tak nak cari anak Pak Wahid, tapi hari dah nak senja ni. Lagipun, Pak Wahid sendiri tahu kan kawasan hutan tu keras.” 

Zaman yang berdiri di sebelah Imam Karim cuba menenangkan Wahid, tetapi lelaki itu seperti enggan mendengar kata-katanya. 

“Betul kata Zaman tu, Wahid. Hutan tu bukan tempat sembarangan. Nanti kalau jadi apa-apa, kita juga yang susah,” sampuk tok ketua pula. 
“Oh, jadi korang semua ni takutlah? Korang takut dengan hantu dalam hutan tu? Dahlah, kalau korang semua ni penakut, korang pergilah balik! Aku boleh cari anak aku sendiri!” 
“Wahid...” Belum sempat tok ketua membuka mulut, kelihatan dari jauh kelibat Mail berlari mendapatkan mereka berempat. 
“Hah Mail, kau dah jumpa Leman ke?” soal tok ketua, ingin tahu. 
“Tak, tok. Saya belum jumpa lagi si Leman tu, tapi...” 
“Tapi apa?” tanya Imam Karim pula. 
“Mak Leha, imam...” Mail tercungap-cungap menarik nafas. 

Penat benar dia hari itu. Dari pagi dia tak duduk diam. Sekejap ke sana, sekejap ke sini. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...