Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Monday 2 August 2021

Bahtera Nuh a.s. @ Noah Arc


Nabi Nuh a.s. termasuk dalam 5 rasul ulul azmi.

Nama beliau disebutkan sebanyak 43 kali di dalam Al-quran. Beliau merupakan Rasul pertama yang diutuskan demi menyampaikan akidah yang benar & meluruskan akhlak umatnya yang menyimpang.

Mendapat gelaran ulul azmi kerana kesabarannya yang tinggi meskipun usia hampir mencecah 1000 tahun. Dia antara suami yang didatangi juga diderhakai isteri & anak.

Bilamana Allah menyuruh Baginda membina bahtera dalam mempersiapkan diri menghadapi banjir besar, Baginda ditertawakan & dihina.

Allah berfirman dalam surah al-A'raf ayat 64 yang bermaksud:
"Maka mereka mendustakan Nuh, kemudian Kami selamatkan dia dan orang yang bersamanya di dalam bahtera dan Kami tenggelamkan orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (mata hatinya)."

Sehingga kini, tempat terlabuhnya bahtera ini banyak diperdepatkan. Ada yang berkata ia di Gunung Ararat, Armenia & ada yang menyatakan di Bukit Judi, Turki.