Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday, 3 August 2021

Lelaki Itu Imamku ~ East Diani

(SEM & SS) RM28.90 > RM28.00

Akibat tersilap langkah mengatur jalan hidup, rosak masa depan Alisya. Kerana seorang lelaki harga diri yang dijaganya musnah. Hidupnya musnah dan masa depannya hancur. 

Saat dia rebah Haikal Mikail hadir bagaikan seorang penyelamat waklaupun hubungan mereka bagaikan anjing dan kucing yang selalu bercakaran. Abang teman baiknya itu ada sebab mengapa dia ingin membantu. Semuanya kerana maruah seorang wanita. 

"Hah, sebab sayang habis semua maruah diri digadaikan. Masa nak buat tu tak pernah nak fikir ke? Dah jadi macam ni baru nak menangis melalak", Mikhail. 

Bukan kerna menyerahkan diri, tetapi kerana perangkap Alisya tersungkur. Lelakiyang disangka akan menjaganya sendiri memusnahkan semuanya. 

"Saya tak minta pertolongan awak. Dan awak tak perlu nak tolong saya." 
"Saya akan tolong awak, Alisya. Maruah awak dan keluarga penting untuk saya." 

Alisya dan Mikhail bersatu, walaupun dalam hati tiada cinta. Sebagai seorang suami Mikhail bertanggungjawap dia atas kebajikan Alisya. Dari rasa simpati, lama-kelamaan ada putik-putik cinta hadir singgah menyentuh hati lelakinya. Rasa kasih itu buatnya inginterus mendekati Alisya. 

Perasaan cinta makin bersatu, bagaikan Adam dan Hawa. Tapi. hidup itu tidak lengkap jika ia tiada dugaan yang datang melanda. Bekas kekasih Alisya, Malik cuba mempincangkan keluarga bahagia itu. Kehadiran Heliza juga mahu menggoncangkan bahagia yang kian mulai berputik. Mampukah cinta yang baru membenih itu akan terus menumbuh mekar? Kasih sayang itu mampukah ia seperti Adam dan Hawa?