Di mana-mana sahaja kita berada, sama ada di warung, restoran, malah di kafe moden pun, sering kedengaran
perbincangan hangat tentang ekonomi Malaysia dan ekonomi dunia. Trend ini menggambarkan kematangan dan keprihatinan masyarakat kita tentang suasana ekonomi semasa yang tidak menentu.
Di kalangan kita pun, masing-masing cuba mencari jalan penyelesaian kemelut ekonomi ini. Ibarat pepatah "sesat di hujung jalan balik ke pangkal jalan", begitulah pendekatan ekonomi dalam buku ini yang cuba memberi gambaran kepada pembaca tentang ekonomi itu sendiri.
Buku ini hanyalah sekadar maklumat ekonomi yang disampaikan secara santai agar mudah difahami oleh segenap lapisan pembaca, daripada pelajar sekolah hinggalah kepada golongan profesional. Dengan terbitnya buku ini, dapatlah pembaca memahami situasi ekonomi semasa dan barangkali dapat menjangka akan langkah-langkah pembaikan dan seterusnya pendekatan pemulihan ekonomi secara keseluruhannya.
Belian & Pertanyaan:
Wednesday, 6 October 2021
Ikat Tepi: Himpunan artikel faham ekonomi denyut marhaen ~ Abd. Razak Abu Bakar
(SEM & SS) RM30.00 > RM29.00