Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Friday 21 January 2022

Perubatan Al-Quran Rawatan Gangguan Jin, Sihir dan Saka ~ Haji Lokman Abdul Hamid

(SEM & SS) RM70.00 > RM68.00

Dengki, hasad dan dendam ialah barah yang yang wujud sejak ada kehidupan alam ini. Apabila dendam dan iri hati melanda, tiada jalan lain yang dipilih melainkan perbuatan mensyirikkan Allah ini. Terkena buatan orang, terkena santau, disihir sehingga bercerai dan dipukau sampai kehilangan semua duit. Semua ini ialah realiti yang berlaku dalam masyarakat sejak dahulu sehinggalah pada zaman moden ini. 

Buku Perubatan Al-Quran Rawatan Gangguan Jin, Sihir dan Saka ini ialah buku ketiga dalam siri Perubatan Al-Quran. Buku ini dibahagikan kepada empat bahagian. 
Bahagian 1: Memahami Alam Jin 
Bahagian 2: Memahami Gangguan Sihir dan Saka Keturunan 
Bahagian 3: Kaedah Rawatan dengan Al-Quran 
Bahagian 4: Jurnal Pesakit 

Setiap bahagian disampaikan dengan gaya bahasa yang mudah difahami oleh semua golongan. Ia padat dengan maklumat yang sukar diperoleh dan jarang dibincangkan. Buku ini juga dapat membantu pembaca spaya lebih memahami simptom terkena sihir serta perbezaannya dengan penyakit biasa. Benarkah tekanan darah naik, jantung berdebar, sakit di sendi-sendi, sesak nafas, pening atau sakit kepala, penyakit kulit seperti ekzema dan lain-lain mempunyai kaitan dengan sihir? 

Mengapa kita sering kali mendengar kisah pihak perubatan moden tidak dapat mengenal pasti punca tanda-tanda penyakit di atas? Bahkan setelah berkali-kali menjalani rawatan dan berhabis ribuan ringgit, penyakit tidak juga hilang. Mengapa? Adakah ayat-ayat al-Quran hanya sebagai penawar kepada saka? Atau ia mampu mengubati segala penyakit di atas? Buku ini mendedahkan "the power of quranic medicine". 

Kaedah rawatan yang dinyatakan dalam buku ini ialah dengan amalan bacaan ayat-ayat al-Quran dan juga ibadah-ibadah lain yang boleh dibuat sendiri oleh mangsa sihir atau ahli keluarganya.