“You’re adopted, Daniel. You’re Daniel Henry, the one that supposedly died 16 years ago.”
Daniel Henry mengalami satu perubahan yang besar dalam hidupnya apabila mendapat tahu yang keluarga kandungnya terlibat dalam satu kejadian pembunuhan kejam. Lebih malang lagi apabila dia dapat tahu dia telah kehilangan memorinya pada malam itu gara-gara kejutan melihat kematian orang tuanya sendiri.
Demi menjejaki pembunuh yang bertanggungjawab membunuh keluarganya, Daniel Henry memerlukan memorinya yang hilang itu. Tetapi, tidak semudah itu untuk dia pulih. Pelbagai cabaran perlu ditempuh dengan sabar demi menangkap pembunuh tersebut, sehinggalah memorinya pada malam itu kembali.
“Jadi, betullah awak masih sukakan saya?”
“Apa maksud awak?”
“Tadi... awak kata awak susah nak lupakan saya.”
Balqis, wanita pertama yang berjaya mencuri hati Daniel, namun hubungan itu terputus di pertengahan. Sehinggalah mereka bertemu kembali dan hubungan baru terjalin dengan lebih rapi. Sebagai suami dan isteri, atas kehendak keluarga dan kemahuan hati.
Saat memori Daniel kembali, hidupnya sekali lagi berubah. Lebih teruk daripada disangka. Keluarga dan isteri, tidak lagi dipeduli. Daniel hanya mahu membalas dendam atas pembunuhan kedua-dua orang tuanya.