“Aku rasa aku dah suka Arfan.”
Lima tahun berlalu, Arfan muncul semula dalam hidup Nia. Meminta untuk menyambung kisah mereka yang belum ternoktah tanpa mengenal putus asa.
“In case you forgot, I already told you before. There is no us between you and me. So please, stop talking about us.”
“Mungkin bagi kau kisah kita dah tamat, tapi bagi aku kisah kita baru bersambung.”
Saat rahsia yang disimpan Huzair, sahabat baiknya sendiri terbongkar, Kepercayaan Nia terhadap Huzair hancur. Tergamak sahabat baiknya sendiri menipunya. Hanya kerana perasaan cemburu semata-mata.
“Kau tipu aku, Huz. Kau tipu aku! Kau fitnah dia untuk kepentingan kau sendiri.”
“Aku buat semua ni sebab aku cintakan kau, Nia!”
Satu demi satu ujian menduga Niadan tanpa sedar ia membuatkan hubungannya dengan Arfan kembali erat. Arfan sentiasa ada saat dia memerlukan seseorang. Layanan dan sikap prihatin Arfan membuatkan perasaan Nia kembali mekar.
“Aku risaukan kau. Aku tak nak apa-apa jadi dekat kau, Nia. Aku tak nak kehilangan kau.”
Lamaran Arfan dan Huzair yang datang serentak, membuatkan Nia tak tentu arah. Dia ingin bahagia tanpa perlu menyakiti perasaan orang lain dan perasaannya sendiri. Tapi, hanya seorang saja yang mampu membuat hatinya bergetar. Kali ini, Nia mahu bina kebahagiaannya sendiri.