Di sebalik ketegasan dalam pekertinya, tersimpan prinsip bahawa dia tidak akan mencintai dan tidak ingin dicintai. Keseriusan dan kelantangan dalam bicara, memang sengaja ditayangkan agar tiada yang cuba mendekati.
Zayyan… lebih senang hidup dalam dunianya sendiri, tanpa perlu mengambil kisah akan hati dan perasaan orang lain.
“Macam mana kau boleh kerja kat sini? Kau orang yang paling cuai aku pernah jumpa, jadi macam mana kau boleh kerja kat sini?” – Zayyan
“Tu namanya rezeki, encik. Rezeki saya dapat bekerja kat sini. Kalau encik tak puas hati, encik boleh tanya pada Allah ya.” – Aira

Tiada satu episod yang manis pun bisa diperkatakan setiap kali mereka bertemu. Zayyan yang garang tidak mampu menundukkan Aira yang sentiasa tenang dan murah dengan senyuman. Setiap provokasi tidak terkesan langsung di hati Aira. Namun pertemuan mereka bagai tersusun elok dari sehari ke sehari sehinggakan semakin sukar untuk Zayyan menjauhi.
“Kenapa encik nak buat semua ni? Kenapa encik nak bebankan diri encik dengan masalah keluarga saya?” – Aira
“Because I want to make you mine!” – Zayyan
Peribadi mereka sangat berbeza, namun perbezaan itulah yang membuat mereka saling memerlukan. Aira mengajar Zayyan erti bahagia manakala Zayyan berjaya meyakinkan Aira agar tidak terlalu memandang rendah akan kemampuan dirinya sendiri. Dua keping hati yang selama ini sunyi, kini bahagia melayari mimpi.
Disebabkan Zayyan terlalu ingin melindungi Aira, tindakannya telah disalahertikan. Aira mula menjauh. Walaupun dekatnya Aira masih mampu disentuh dengan tangan, namun hatinya seakan dibawa pergi. Tergapai-gapai Zayyan kelemasan. Tanpa kasih sayang Aira, dia kehilangan… Mampukah Zayyan mengikat cintanya kembali? Wajarkah tindakan Aira membiarkan Zayyan dilamun sepi?