Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Lynn Safiya. Show all posts
Showing posts with label Lynn Safiya. Show all posts

Monday, 17 April 2023

My Kind of Different ~ Lynn Safiya

(SEM & SS) RM32.00 > RM30.00

Di sebalik senyuman yang sering saja terukir, tersemat kisah duka yang tak mampu dilupakan. Ketenangan yang acap kali dipamerkan, sebenarnya menyembunyikan sekeping hati yang sukar untuk dilenturkan. Aira… gadis sederhana yang menjadi dambaan ramai jejaka, namun hatinya begitu jauh untuk digapai dengan tangan.
Di sebalik ketegasan dalam pekertinya, tersimpan prinsip bahawa dia tidak akan mencintai dan tidak ingin dicintai. Keseriusan dan kelantangan dalam bicara, memang sengaja ditayangkan agar tiada yang cuba mendekati.

Zayyan… lebih senang hidup dalam dunianya sendiri, tanpa perlu mengambil kisah akan hati dan perasaan orang lain.
“Macam mana kau boleh kerja kat sini? Kau orang yang paling cuai aku pernah jumpa, jadi macam mana kau boleh kerja kat sini?” – Zayyan
“Tu namanya rezeki, encik. Rezeki saya dapat bekerja kat sini. Kalau encik tak puas hati, encik boleh tanya pada Allah ya.” – Aira

Tiada satu episod yang manis pun bisa diperkatakan setiap kali mereka bertemu. Zayyan yang garang tidak mampu menundukkan Aira yang sentiasa tenang dan murah dengan senyuman. Setiap provokasi

Friday, 10 July 2020

Melankoli Sekeping Hati ~ Lynn Safiya

(SEM & SS) RM26.00 > RM23.40

Adik-adik punya angkara, abang dan kakak masing-masing yang menjadi mangsa…

Disebabkan cinta buta adik lelaki Thaqif terhadap adik perempuan Syifa’, kedua-dua belah keluarga saling bermusuhan. Pelbagai usaha cuba dilakukan oleh Thaqif untuk memutuskan hubungan antara Tamim dan Suria, namun tiada satu pun yang berhasil. Syifa’ dengan adiknya dicemuh, difitnah dan diganggu tanpa henti oleh Thaqif. Dendam lama yang bersarang di jiwa Thaqif membuatkan dirinya tiada langsung simpati di hati. Akibatnya, Thaqif telah bertindak keterlaluan terhadap Syifa’ serta Suria dalam merealisasikan misinya.
Namun, setiap tindakannya seakan tiada kesan pada dua keping hati yang saling mencintai… dan Tamim tekad membawa Suria lari. Lari dan terus menghilangkan diri.
Tinggallah Syifa’ bersendirian terpaksa menanggung setiap asakan dan desakan daripada Thaqif. Sehinggakan setiap perlakuan melampau Thaqif telah menjadi dendam dan racun dalam hati Syifa’… dendam yang takkan mampu dilepaskan seumur hidupnya.
Tatkala kebenaran terpampang di depan mata, Thaqif terduduk sendiri. Kemaafan daripada Syifa’ menjadi suatu obsesi diri. Namun semuanya sudah terlambat. Syifa’ semakin membenci dan semakin sukar untuk didekati.

Monday, 17 June 2019

The Matchmaker ~ Lynn Safiya

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20

Bangga memegang gelaran ‘The Matchmaker”, ramai pasangan yang sudah berjaya disatukan oleh Aria, seorang gadis yang tidak percaya pada cinta. Melihat teman-temannya bahagia, cukup membuatkan dirinya rasa puas dan gembira. Namun akhir-akhir ini, Aria dikejutkan dengan satu demi satu kisah perpisahan daripada kalangan teman-teman yang pernah dipadankannya.

“Aku dah serik… Aku rasa nak pencen jelah daripada jadi matchmaker lagi lepas ni…” – Aria
Sebagai tukar ganti ingin mendapatkan persetujuan Julia untuk berkenalan dengan temannya Fitri suatu ketika dahulu, Aria sanggup berjanji untuk membantu abang Julia, Ray, jika suatu hari nanti khidmatnya diperlukan oleh lelaki itu. Sangka Aria, janji itu tidak akan sekali-kali dituntut oleh Julia, mahupun abangnya, memandangkan lelaki itu tidak tinggal di bumi Malaysia.
Namun…
“Ree… 2 hari lepas abang aku balik Malaysia. Kau masih ingat, kan?” – Julia

Thursday, 26 April 2018

Husband-To-Be ~ Lynn Safiya

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Walaupun yatim pada usia 5 tahun, Deja tidak pernah lekang daripada kasih sayang dan perhatian. Dia ditatang bagai minyak yang penuh bukan saja oleh papa dan mamanya, tetapi juga ketiga-tiga abang angkatnya. Tiada yang kurang dalam kehidupan Deja, walaupun ada saja mata yang dengki akan tuah yang dikurniakan kepadanya.

Deja membesar di depan mata Aidan, Irfan dan juga Nazran, abang-abang yang terlalu menyayangi dan memanjakannya. Seiring dengan peredaran waktu, Aidan mula menjarakkan diri daripada Deja, kerana dia sedar hukum tidak membenarkan mereka bergaul mesra seperti adik-beradik kandung yang lain. Tetapi adakah benar kerana hukum Aidan tidak lagi mahu mempamerkan kasih-sayangnya kepada Deja seperti yang lazim dilakukannya selama ini? Apakah sebenarnya yang dipendam oleh Aidan?
“Kalau apa-apa terjadi pada mama dan papa, percayakan along. Trust him! Promise me!” – Encik Fahmi
“So do you trust me?” – Aidan
“Of course I trust you.” – Deja
“Then marry me…” – Aidan

Friday, 23 February 2018

Bella; Love, Unlikely ~ Acik Lana, Lynn Safiya

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

BELLA – ACIK LANA
Bella – si ‘Ugly Betty’ yang sering dipersenda, dibuli dan diejek. Dengan kaca mata tebal, baju berwarna pelangi, dia dilabel sebagai perempuan kolot. Dalam kolot-kolot pun, Bella berangan juga nak cari true love. Sebab dia percaya cinta sejati memang wujud.
Faid – si tampan yang menjadi rebutan dan dambaan ramai gadis. Lelaki yang biasa-biasa saja hartanya, tapi punya hati dan karisma yang cukup memikat. Di mata Faid, si Ugly Betty itulah pujaan hati. Tapi setiap kali dia buat confession, setiap kali itulah kena reject. Kenapa susah sangat Bella nak terima cintanya? Sebab Amalina?
Amalina – Kembar seiras kepada Bella. Raut muka yang sama, namun penampilan dan sikap mereka berbeza. Kalau Bella the beast, dialah si beauty. Dari kecil lagi mereka tak pernah sebulu. Hubungan yang berantakan semakin memuncak saat Bella ‘merampas’ sesuatu daripadanya. Dalam hati Amalina, dendam perlu dilunaskan tak kira apa!
Ini kisah cinta tiga segi penuh drama. Jadi di mana penghujung kisah antara Bella, Faid dan Amalina? Siapa yang sengsara? Siapa pula yang bahagia?

Tuesday, 2 May 2017

Mr. Babe Magnet??? Not!!! ~ Lynn Safiya

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

ZAYN AZZIKRI sering memandang serong akan hubungan akrab antara anak saudaranya, Naim dengan AZZAHRA HUSNA. Dia tidak percaya wujudnya persahabatan antara lelaki dengan perempuan tanpa melibatkan hati dan perasaan. Dia yakin Azzahra menyimpan perasaan terhadap Naim dan hanya menunggu masa telahannya terbukti benar.

Azzahra, pernah digelar perigi mencari timba kerana dari kecil hinggalah dia berusia 17 tahun, usaha serta impiannya hanya satu. Mahu menjadi isteri kepada sepupunya, Farouk. Ditolak berkali-kali oleh Farouk, akhirnya membuatkan Azzahra sedar diri. Farouk tidak akan sekali-kali menjadi miliknya. Maka Azzahra membuat keputusan untuk kuburkan saja setiap rasa dalam hatinya.

Suatu insiden yang melibatkan keluarga Farouk telah membuatkan Azzahra tersepit di tengah-tengah. Dia buntu. Tunang Farouk yang lari, mengapakah dia yang perlu menjadi galang gantinya? Walaupun dulu Farouk menjadi idaman hati, tapi kini rasa itu sudah tiada lagi. Demi menyelamatkan maruah keluarga, Azzahra sanggup berkorban asalkan bukan berkahwin dengan Farouk.

Disebabkan terdesak, Azzahra melamar Zayn, lelaki yang selama ini disangka tidak suka akan dirinya. Zayn sering bercakap kasar dengannya, tetapi dia sentiasa ada tatkala Azzahra dalam kesusahan. Dan Zayn tidak perlu berfikir dua kali. Azzahra akan diangkat menjadi isteri.