ULAT BUKU SEMUA... HARGA HEBAT!!

ULAT BUKU / BOOKWORM / BOOKADDICT SEMUA...
Jom dapatkan BUKU dengan harga DISKAUN ISTIMEWA 12% SETIAP HARI... Caj kurier MINIMUM...

Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, 17 June 2019

The Matchmaker ~ Lynn Safiya

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20

Bangga memegang gelaran ‘The Matchmaker”, ramai pasangan yang sudah berjaya disatukan oleh Aria, seorang gadis yang tidak percaya pada cinta. Melihat teman-temannya bahagia, cukup membuatkan dirinya rasa puas dan gembira. Namun akhir-akhir ini, Aria dikejutkan dengan satu demi satu kisah perpisahan daripada kalangan teman-teman yang pernah dipadankannya.

“Aku dah serik… Aku rasa nak pencen jelah daripada jadi matchmaker lagi lepas ni…” – Aria
Sebagai tukar ganti ingin mendapatkan persetujuan Julia untuk berkenalan dengan temannya Fitri suatu ketika dahulu, Aria sanggup berjanji untuk membantu abang Julia, Ray, jika suatu hari nanti khidmatnya diperlukan oleh lelaki itu. Sangka Aria, janji itu tidak akan sekali-kali dituntut oleh Julia, mahupun abangnya, memandangkan lelaki itu tidak tinggal di bumi Malaysia.
Namun…
“Ree… 2 hari lepas abang aku balik Malaysia. Kau masih ingat, kan?” – Julia
Janji yang dimeterai setahun yang lalu datang menghantui Aria. Aria tidak bisa berlari lagi. Dia terpaksa bersetuju.
Aria dan Ray… sama-sama tidak percaya pada cinta akibat kisah silam masing-masing. Dan persamaan ini merupakan padanan yang sesuai, yang ideal dan yang terbaik untuk menjayakan rancangan Ray.
“Why me? Kenapa you setuju dengan pilihan Ju dan tak cari pelakon lain untuk jadi girlfriend you?” – Aria
“Sebab Ju gerenti kat I 100 peratus yang you takkan sekali-kali jatuh cinta pada I…” – Ray
Berjayakah nanti rancangan Ray? Apakah hati yang pernah bersumpah tidak akan tunduk pada cinta mampu mempertahankan segala prinsip yang tertanam dalam jiwa mereka? Mampukah Ray melawan detik rasa yang sudah berkurun tidak dirasakannya?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...