Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:

Tuesday 22 August 2023

BISA: Misteri Kampung Rakit ~ Pakcik Man

(SEM & SS) RM39.00 > RM38.00

Aku menoleh ke arah Kassim dan aku terkejut bila nampak jelas wajahnya berubah. Sebiji matanya terjuntai ke bawah, sebelah lagi terperosok ke dalam. Aku mengalihkan cara duduk aku dengan bersandar pada pintu kereta. Kini pandangan aku lebih jelas ke arah Kassim dan kepada kedua-dua penumpang di belakangnya. Aku nampak wajah wanita itu juga telah berubah lebih buruk dari wajah Kassim. Mukanya seolah-olah pecah dengan ulat-ulat memenuhi hidung dan mulutnya. Lelaki itu pula telah tiada sebelah kepala dan berlumuran darah. 

Aku baca lagi ayat-ayat yang aku belajar dan hembus ke arah mereka bertiga. Hujan semakin lebat dan pakaianku sudah agak basah kerana air hujan yang masuk melalui tingkap kereta yang tidak tertutup rapat.