Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Ahmad Naim Jaafar. Show all posts
Showing posts with label Ahmad Naim Jaafar. Show all posts

Wednesday, 23 August 2023

Revolusi Bakat ~ Ahmad Naim Jaafar

(SEM & SS) RM38.00 > RM36.00

“Jika rancangan anda untuk setahun tanamlah padi. Jika rancangan anda untuk sepuluh tahun tanamlah pokok. Jika rancangan anda adalah untuk seratus tahun maka didiklah generasi penerus”.
― Confucius

Ada dua dunia yang wujud.

Pertama, dunia itu wujud tanpa kita. Walaupun kita wujud. Sebelum kita ada, dunia itu wujud. Selepas kita tiada, dunia itu tetap wujud.

Kedua, dunia itu wujud sebab kita wujud. Kita yang membuat keputusan dalam babak-babak penting kehidupan kita untuk mencipta dunia itu. Kita memilih dengan cara kita, ada dengan tinta tulisan, lakaran imaginasi, dengan menghulur tangan kepada yang orang yang dibawah dan banyak lagi.

Buku ini ditulis untuk mereka yang percaya kepada dunia yang kedua itu. Kerana mereka memiliki keberanian mencipta dunia itu. Jadi buku ini untuk sang pemberani. Berani meneroka semangat zamannya.

Buku yang digarap untuk merungkai semula potensi manusia itu dengan lensa yang baharu dan segar. Potensi seseorang sepatutnya tidak dinafikan, dikesampingkan, hanya disebabkan orang sekeliling, situasi atau sistem tidak mengangkat mereka berdasarkan potensi mereka.

Tetapi dengan lensa yang baharu ini, potensi manusia dihargai, dirai dan dikembangkan seoptimum yang mungkin untuk mengubah corak pemikiran dan masa depan sesebuah negara yang mengangkat tingginya nilai sebuah bakat dan potensi manusia.

Saya Remaja Kreatif dan Inovatif ~ Ahmad Naim Jaafar, Mohamed Syazwan Osman, Helmi Suhaimi

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

“Rekacipta terbesar di dunia ialah minda seorang kanak-kanak.”
Thomas E. Edison

Setiap manusia dewasa pasti bermula dengan zaman kanak-kanak. Itulah zaman yang paling menyeronokkan. Kita bebas bermain, kita bebas berkarya. Tanpa perlu memikirkan masalah atau kesan daripada segala tindakan kita. Ketika zaman kanak-kanaklah kita berkreativiti dan berinovasi. Ada sahaja perkara-perkara kreatif kita lakukan ketika bermain.

Namun begitu, selepas kita makin meningkat dewasa, kreativiti kita semakin berkurang. Disebabkan faktor-faktor tertentu kita mula kurang untuk berkreativiti dan berinovasi. Jadi ada dua soalan yang perlu kita cetuskan:

Kenapa semangat dan perasaan untuk berkreativiti dan berinovasi itu semakin berkurang?
Bagaimana kita boleh merangsang kembali semangat kreativiti dan inovasi itu?

Buku ini bakal mencetuskan semula kegilaan berkreativiti itu dan sekali gus menjawab persoalan di atas. Buku ini bertujuan mencetuskan kembali nyala rasa dan potensi anak-anak muda khususnya remaja dan untuk kembali berkreativiti dan berinovasi.

Buku ini dilengkapi pelbagai permainan kreativiti dan inovasi yang menguji minda untuk menggalakkan kita sentiasa berfikir bagaimana untuk menjadi kreatif dan inovatif. Selain itu, pembaca juga akan mengenali beberapa tokoh pencipta (inventor dan innovator).

Moga buku ini dapat mendorong anak-anak muda membangkitkan nyala rasa (passion) untuk berkreativiti dan berinovasi sebagai batu loncatan sebelum ke peringkat kreativiti dan inovasi yang lebih tinggi.

Tuesday, 22 August 2023

Kuasa Karisma ~ Ahmad Naim Jaafar

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

“Apabila seseorang sudah menentukan kepercayaannya. Dan dia memperjuangkan kepercayaan itu, semua sumber akan tertarik kepada perjuangannya itu, walaupun selepas kematiannya”.
-Mahatma Gandhi

Karisma adalah satu keunikan yang misteri dalam diri manusia. Ramai antara kita yang mahu memiliki karisma diri, memiliki keyakinan, kekuatan visi, keteguhan azam dan keberanian melalui zamannya. Namun, mengapa ada sesetengah individu lebih berkarisma daripada yang lain.

Mahatma Gandhi menyatakan tahap karisma individu ditentukan oleh apa yang diperjuangkan dengan bersungguh-sungguh. Sebagai manusia, nilai kita adalah pada apa yang kita percaya dan perjuangkan.

Perbincangan mengenai kuasa karisma individu bukanlah bersifat statik bahkan sangat dinamik dan berubah-ubah mengikut peredaran zaman, namun karisma kekal menjadi salah satu kelebihan kompetitif yang sukar untuk dirungkaikan sehingga hari ini.

Kuasa Karisma ditulis menggunakan teknik cerita pendek bagi menerangkan prinsip-prinsip membina karisma serta teknik-teknik yang mudah dalam membina peribadi berkarisma.

Bermula daripada karisma dalam diri, perhubungan, kepimpinan, pengurusan dan penampilan yang mudah difahami dan digunakan dalam amalan kepimpinan organisasi.

Wednesday, 19 December 2018

Tip Menjadi Individu Menarik ~ Dato' Dr. Mohd Fadzlilah Kamsah, Ahmad Naim Jaafar

(SEM & SS) RM22.00 > RM19.40

Ramai yang mahu menjadi seorang yang menarik. Mereka membelanjakan wang yang banyak bagi membeli baju yang cantik supaya kelihatan menarik. Satu lagi faktor yang menyebabkan orang dianggap menarik adalah mereka melakukan sesuatu yang luar biasa. Buku ini membongkar rahsia bagaimana menjadi individu yang menarik tanpa membelanjakan wang yang banyak dan tanpa melakukan perkara yang luar biasa.

Antara Kandungan:
Mengapa Perlu Jadi Menarik?
Definisi ‘Menarik’
Faktor Fizikal
Faktor Material
Faktor Jawatan
Faktor Luar Biasa
Faktor Populariti
Faktor Pandai Bercakap
Lelaki yang Menarik pada Pandangan Wanita
Kemas
Kebijaksanaan Emosi
Dia Seorang yang ‘Gentleman’
Berjiwa Romantik