Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Anna Milia. Show all posts
Showing posts with label Anna Milia. Show all posts

Thursday, 23 June 2022

Setelah Terlafaznya Akad 2 ~ Anna Milia

(SEM & SS) RM26.00 > RM25.00

Saat akad kedua terucap, rasmi diri ini, seluruhnya milikmu, rasmi kesetiaan ini diserahkan buatmu.Hanan dan Nawal disatukan sekali lagi dalam lafaz akad kedua. Memang jodoh mereka kuat. Perangai pun sama. Kuat cemburu. Hanan tergugat dengan kehadiran Khalil yang selalu berkunjung ke kafe. 

“Abang percaya sayang. Abang cuma tak percaya Khalil.” - Hanan 

Baru reda rasa cemburu, muncul pula Cikgu Zaki yang tidak kurang segaknya. Susah, kalau ada isteri cantik. Cemburu Hanan berjangkit kepada Nawal. Sakit hatinya apabila Hanan selalu memuji Qaseh, tukang masak kafe yang meletops. 

“Tak payahlah nak sayang-sayang kat sini. Tadi berkasih-kasih kat belakang.” - Nawal 
“Dah nama dia Qaseh. Nak buat macam mana?” - Hanan 

Kan dah cakap, Hanan dan Nawal ni sama saja. Perangai sama. Ayat bela diri pun sama. Banyak dugaan yang mereka lalui. Namun, tak akan goyah kalau pasaknya kukuh. 

“Banyak yang dah kita lalui sebelum ini. Bagi abang, ini tahun yang paling perit.” - Hanan 

Friday, 19 November 2021

Andai Benar Milikku ~ Anna Milia

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

NAILI. Demi memenuhi amanat terakhir ibunya, dia mencari lelaki yang didakwa sebagai ayahnya. Dia mahu lelaki itu tahu akan kewujudannya. Itu sahaja. Namun, dalam sekelip mata, hidupnya berubah. Dia bukan lagi anak yatim piatu. Dia mempunyai ayah yang kaya-raya, malah dijodohkan dengan Yusouf. Semuanya indah, namun tidak ubah seperti burung tempua yang singgah di dahan tinggi. Jatuhnya cukup memeritkan. 

“Saya benci awak, Yusouf. Kalau dulu saya fikir Datuk Hamidi tu jahat, awak lebih jahat." 

Tapi, Naili bisa mengepakkan sayapnya dan terbang sama tinggi dengan helang. Kerana dia ada Nadine dan Datuk Hamidi. Pertemuan semula mencatat pelbagai rencah dalam kehidupan Naili. Dia tidak pernah terfikir untuk memberikan peluang kedua kepada Yusouf. Apatah lagi hidup bersama semula. YUSOUF. 

Naili adalah cinta pandang pertamanya. Tapi, berkahwin tidak ada dalam kalendar hidupnya meskipun untuk tempoh sepuluh tahun akan datang. Apabila dipaksa berkahwin, tentulah Naili calon teratas dalam senarai.

Tuesday, 22 December 2020

Noah Tan ~ Anna Milia

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Noah membaling botol kosong ke dinding. Berderai kaca jatuh ke lantai. Janet yang sedang memasak meluru ke bilik adiknya. Apa pula kali ni?

Janet menolak pintu. Mata menangkap deraian kaca di atas lantai. Dia memerhatikan pula sekeliling bilik. Macam tongkang pecah.

Ini bukan Noah yang dia kenal.

“Aku dah banyak bersabar dengan kau. Jangan sampai aku hantar kau ke pusat pemulihan.”

Janet menegur dengan suara keras dalam bahasa mandarin bersulam bahasa Inggeris. Sakit hati betul dengan adiknya yang seorang ini. Menyusahkan.

Janet keluar.

Noah menarik nafas lega. Tapi sekejap sahaja amannya. Janet datang semula bersama penyapu dan penyodok.

Friday, 14 August 2020

Akhiri Penantian ~ Anna Milia

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Airin dan Ilhan Ruiz disatukan atas desakan Datin Yasmin. Perkahwinan ini tidak menghalang Ilhan Ruiz untuk terus bersama dengan Anita. Dan Ilhan Ruiz tersepit apabila Airin dan Anita hamil.

“Kau pukul dia tadi, kan? Sekarang kau pulak rasa sakitnya. Berani kau kata anak kami anak haram. Anak yang aku suruh gugur itulah anak haram. Anak yang aku tak nak tengok lahir berbinkan aku. Kau ingat satu perkara ni Airin. Tanamkan dalam otak kau. Talak pada kau akan jatuh sebaik saja aku bernikah dengan Anita.” ~ ILHAN RUIZ

Dalam satu pertengkaran di antara Airin dan Anita, Ilhan Ruiz memihak kepada Anita lalu Airin membawa diri apabila Ilhan Ruiz melafazkan cerai taklik.

Izinkan Airin pergi. Ampunkan dosa Airin dan halalkan semuanya. Airin harap encik tak lupa solat walaupun Airin dah tak ada untuk siapkan semua ni selepas ini.

Monday, 6 January 2020

Sekali Lagi Cinta Kembali ~ Anna Milia

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Hidup Aira cukup complicated. Dia lari dari rumah apabila Imran mengahwini Hana, adiknya. Prinsip Aira, lelaki ibarat virus. Jangan kasi can.

Aira gantikan tempat Doktor Halina selama dua jam sebagai therapist. Akibatnya, Zafran dan Amberlyn bercerai, Doktor Halina diugut dan Syafi bertarung dengan maut tanpa kasih seorang ibu. Terpaksalah Aira cuba perbaiki apa yang telah dia rosakkan.

“Kalau macam tu apa kata awak guna teori awak yang kononnya hebat tu untuk pujuk isteri saya. Boleh?” - Zafran
“Inilah yang saya cuba buat.” - Aira

Daripada pembantu Doktor Halina, Aira bekerja sebagai babysitter Syafi. Dia cuba satukan semula keluarga Zafran. Tapi di mata Hayyat, abang Zafran yang kerek lagi beku, Aira macam tikus membaiki labu. Hayyat selamba saja gelar Aira perempuan senget, sewel dan tiga suku.

Monday, 19 November 2018

Masih Milikmu ~ Anna Milia

(SEM & SS) RM26.00 > RM22.90

Firda dilamar lelaki yang memenuhi senarai kriteria Mr. Perfect 10.

“Trust me Firda. Saya takkan kahwin dengan perempuan yang saya tak cinta.” - Nujaid

Ibarat tikus jatuh ke dalam guni beras. Lamaran diterima. Namun, ada syaratnya.

“Sampai bila nak rahsiakan perkahwinan kita? Sampai bila saya nak tipu ibu?” - Firda

Kerana cuba memansuhkan syarat itu, hidup Firda mula kucar-kacir. Permainan yang diatur oleh Hanis cukup hebat. Firda dikhianati insan-insan di sekelilingnya, kehilangan kerja dan disumbat ke dalam lokap. Tambahan pula dia yang disahkan mengandung dan terpaksa melarikan diri ke sebuah desa terpencil.

Akhirnya, Firda bekerja sebagai pencanting batik. Di saat dia mula merasa bahagia, Nujaid muncul semula.

Wednesday, 4 July 2018

Setelah Terlafaznya Akad ~ Anna Milia

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Berkahwin dengan Nawal si berhingus hijau tu? Memang taklah. Budak perempuan itu mencacatkan keindahan zaman kanak-kanaknya. Namun, apabila Nawal dengan senang hati menerima pinangan dan umi main peras ugut, Hanan tidak ada pilihan.

Bagi Nawal pula, dia terpaksa menerima pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar. Ikutkan hati, tak sudi dia berlakikan Hanan si lembik yang selalu merajuk. Apa susah? Buatlah macam main pondok-pondok dulu. Mereka kan sudah sepuluh kali kut berkahwin sebelum ini. Apabila, bergaduh, larilah balik rumah masing-masing.

“Awak kena masak setiap hari. Tak pakai dah jadual yang kita buat tu. Semua kerja rumah awak kena buat seorang. Kita kena duduk sebilik. Kena berlakon yang kita pasangan paling bahagia di muka bumi ni.” – Hanan
“Beres!” – Nawal

Apa yang berada dalam gambaran minda Hanan dan Nawal sama sekali tidak benar. Kali ini berlainan benar karakter masing-masing. Hanan dengan sikap terlalu melindungi. Nawal pula dengan bajet isteri mithali. Lalu, mereka pun melayari alam rumahtangga dalam versi mereka sendiri.

Sunday, 24 September 2017

Tak Ada Cinta Sepertimu ~ Anna Milia

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Panas! Meletep Kebabom! Itu yang dirasakan oleh Hazran setiap kali bertemu Athea. Ketika pertemuan pertama, gadis yang disangka janda anak dua itu berebut pek Panadol dengannya. Berlakulah siri pertemuan seterusnya.

“Awak lagi?” – Hazran
“Apa salah anak-anak saya kali ni?” – Athea

Cermin tingkap rumahnya dipecahkan dan kucing kesayangannya dicuri. Semuanya angkara Athea dan anak-anak. Malah, Athea punca dia putus tunang dengan Bella. Namun, siapa sangka jiran yang dipandang jelik sebelum inilah yang mencuri hatinya. Athea mungkin pemilik tulang rusuknya.

“Saya sayangkan awak. Saya nak kita halalkan hubungan kita supaya kita boleh sama-sama jaga ayah dan anak-anak.” – Hazran
“Macam mana dengan ibu awak?” – Athea

Hazran perlukan restu uminya yang terlalu prejudis terhadap Athea. Misi undercover dilaksanakan oleh umi dan ayah untuk mengenali bakal menantu mereka. Warga emas jadi spy? Memang menangislah Hazran.

Wednesday, 1 March 2017

Cinta? Biar Betul ~ Anna Milia

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

FARID yang memandu ke bengkel. Aisya pula mengekori mereka.

“Kau bukan setakat perdajalkan dia, dengan aku-aku sekali kena tempias.” Farid berleter.
“Aku coverlah semua kos. Kalau kau nak cat satu kereta pun, no problemlah, Farid.”
“Kau tak rasa kasihan ke kat dia? Habis rosak berpuluh-puluh biji kek dia.”

Khaffy terdiam. Dia memang rasa bersalah tetapi rasa itu ditolak jauh-jauh.

“Kau cover sekali kerugian cup-cake dia,” suruh Farid.
“Tengoklah dulu macam mana.” Farid menggeleng.
“Ni, nanti aku berlakon yang aku tak cukup duit. Aku akan minta hutang dengan kau dan kau tak setuju. Kau pun berlakon sekalilah.”
“Huh? Kau nak perdajal dia sampai macam mana lagi ni?”
“Sampai dia tahu macam mana sakitnya bila messed up dengan family aku.”

Mereka tiba di bengkel mengetuk dan mengecat. Ketika mereka sudah memperolehi anggaran harga bagi kedua-dua kenderaan, Khaffy menarik tangan Farid. Dia memulakan lakonan.
“Aku tak cukup duit. Dia kata seminggu siap. Mana aku nak cari duit. Kau ada?”

Farid mengeluh. Apalah nasib aku hari ni, Sudahlah kereta dijahanamkan. Menipu pula. Tak tahulah apa lagi selepas ini.
“Kau ada duit tak?”
“Sorry, Khaffy. Aku tak ada duit sebanyak itu.”