Belian & Pertanyaan:

Belian & Pertanyaan:
Showing posts with label Auni Zainal. Show all posts
Showing posts with label Auni Zainal. Show all posts

Thursday, 20 October 2022

Mengejar Mimpi Sempurna ~ Auni Zainal

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Mengisahkan tentang Khalis dan Nadiah, pemilik Diari Merah - Apabila Nadiah cuba meluahkan perasaannya ke dalam Diari merah pemberian Ilyani, sahabatnya, Nadiah tercampak ke zaman persekolahan dan dari situ, Nadiah berazam mahu mengubah takdir yang menyakitkan - namun setiap tindakannya menyebabkan hidupnya semakin sengsara dan menyakiti orang di sekelilingnya; Ghazali, mengetahui akan hal ini telah menculik Nadiah dan cuba menggunakan diari tersebut untuk mengubah nasibnya walaupun terpaksa membunuh sahabat baiknya Khalis. 

Khalis berjaya menghalang Ghazali dan menjadi pemilik baru diari tersebut, berjanji akan melindungi diari tersebut daripada disalahgunakan.
 

Friday, 15 October 2021

Mawaddah Ilmi Ingin Pulang ~ Auni Zainal

(SEM & SS) RM30.00 > RM28.00

Dia diam apabila marah.
Dia diam apabila sedih.
Dia diam apabila kecewa.

Mawaddah Ilmi tidak tahu apa masalah dirinya. Namun, dia sentiasa pasti yang dia tak berhak disayangi, apatah lagi layak ke syurga.

“Aku tak pernah buat apa-apa dengan betul. Aku menyusahkan orang lain sejak dulu. Semuanya salah aku sebab aku tak cukup baik.”

Pendirian Mawaddah berubah sejak Iffat Rusyaidi melihat dia dimalukan semasa suatu temu duga. Dia sentiasa mengelak daripada Iffat, sehinggalah dia menyedari Iffat sebenarnya mengetahui kisah silamnya yang selama ini dilindungi.

Sehelai nota dari masa lalu membuatkan Mawaddah tersedar bahawa ada sesuatu dalam dirinya yang harus diselamatkan – jika dia berani memaafkan dan mencintai dirinya sendiri.

Tuesday, 16 April 2019

Koloni (M) ~ Auni Zainal

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60
Bagaimana jika suatu hari nanti, masyarakat diasingkan untuk hidup mengikut personaliti diri?

Tahun 2029, landskap Malaysia telah berubah. Kotanya kini dipanggil TMCC. Masyarakat pula dibahagikan kepada 4 koloni berdasarkan personaliti diri iaitu M (Empath), N (Analyst), X (Exucutive) dan R (Artist).

Ansar telah lama menyimpan cita-cita untuk kembali ke TMCC setelah keluarganya dibuang kota. Satu hari, Ansar menerima tawaran untuk kembali ke TMCC.

Tanpa dia sedar, ada agenda tersembunyi di sebalik tawaran itu - pada Ansar terdapat sesuatu yang bakal mengubah masa depan manusia.

Benarkan satu jenis personaliti mempunyai lebih manfaat daripada satu yang lain?
Adakah kelancaran negara bergantung sepenuhnya kepada satu jenis personaliti manusia sahaja?