Belian & Pertanyaan:

Monday, 22 August 2022
It's You ~ Acik Lana
Monday, 24 January 2022
Tinggal Satu Bintang ~ Acik Lana
Tengku Bakti seorang yang memiliki pakej lengkap dalam hidupnya. Segak, kaya raya dan berjaya. Namun kelebihan tersebut menjadikan dia manusia yang megah dan sombong. Maka hiburan dunia telah menjadi 'makanan' harian untuknya. Berpoya-poya dan berpesta tanpa pernah memikirkan dosa pahala. Dia enjoy begini!
Namun satu peristiwa ngeri yang berlaku membuatkan Tengku Bakti tersentak. Hidupnya mula tunggang langgang, berpusing seratus lapan pulah darjah. Ternyata dia bukan lagi lelaki yang sempurna yang dulu! Dihimpit kesengsaraan akibat dendam dari hati yang pernah dia hancurkan, Tengku Bakti separuh mati menanggung pembalasan.
"Memang kau orangnya. Kau yang muncul dalam mimpi aku setiap malam. Dasar perempuan sihir. Kau memang nak aku mati! -Tengku Bakti
Terheret ke dalam dunia misteri Tengku Bakti, Seri tersekat dengan permainan takdir yang amat mengelirukan. Kenapa dia? Sedangkan mereka sangat berbeza dari segala segi.
Wednesday, 30 May 2018
My Juna ~ Acik Lana
Juna si penganggur yang memegang 'jawatan' kasanova, toy boy, playboy dan heart breaker memiliki satu 'keistimewaan' yang mungkin tidak dimiliki oleh orang lain. Tapi sayang, kelebihan itu disalahguna untuk mendapatkan kesenangan dunia dengan cara mudah. Peduli apa halal haram, yang penting dia hidup mewah! Namun tanpa disangka, Juna bertemu dengan si model muslimah bernama Jane Razman kerana satu pertolongan.
Entah apa takdir yang tersembunyi, mereka kerap kali terserempak di sana sini tanpa dirancang. Bagaikan dunia ini terlalu kecil untuk mereka berdua. Balik-balik nampak muka yang sama! Jane pula layak digelar si malang dalam bercinta. Dengan Zack yang kaki cemburu dia rasa terkongkong, dengan Dato Irshad pula dia rasa tertipu. Ibaratnya terlepas dari mulut buaya, masuk pula ke mulut naga. Semuanya tak menjadi. Kenapa susah sangat nak bahagia dalam cinta? Pelbagai dugaan datang dalam hidup Jane dan Juna sehingga hubungan mereka mula mekar dengan perasaan berbeza. Dihina, difitnah, dibuang keluarga, semua dihadapi bersama. Lalu, tak sempurna lagikah hubungan ini jika jiwa mereka saling memerlukan? Hati si playboy longlai dan cair dengan setiap keistimewaan Jane, tapi Juna masih ragu. Layakkah dirinya yang kotor dan serba kekurangan ini berkehendakkan gadis suci itu?
Monday, 15 January 2018
Sweet Dreams ~ Acik Lana
Putri – Gelaran seperti Ratu Kelam Kabut, Minah Clumsy sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil lagi. Habis semua tiang dan dinding dia langgar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang. Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tak balance?